Nak dijadikan cerita masa aku nak apply SSP Pengambilan Guru Secara One-Off baru-baru ini, baru perasan yang aku terlupa letak mana sijil SPM aku.
Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang
Mana tak nya dah lama tak tengok or guna, dah terlupa letak mana. Jadi aku pun terfikir dengan kemajuan teknologi sekarang dan keadaan pandemik COVID-19 mesti boleh dapatkan salinan sijil SPM yang hilang secara online.
Ternyata tekaan aku tepat! Rupa-rupanya memang boleh dapatkan salinan sijil SPM original yang hilang. Caranya aku kongsikan di bawah.
- Pergi ke pautanhttps://elp.moe.gov.my
- Kemudian klik Perkhidmatan
- Klik Salinan Keputusan
- Pilih SPM atau mana-mana peperiksaan yang korang nak
- Isi maklumat yang dikehendaki
- Then korang akan dibawa ke pautan bayaran. Caj RM30 dikenakan sekiranya korang ingin self collect dekat Lembaga Peperiksaan atau untuk pilihan postage korang kena tambah lagi RM10 so in total RM40
- Tunggu sijil tersebut sampai di rumah (untuk pilihan postage)
Pengalaman Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online
Aku difahamkan, kalau secara online diorang akan hantar dalam masa 3-4 hari je tapi aku kecewa sebab dia ambil masa lebih lama daripada yang aku sangkakan.
Mungkin kerana PKP atau sebaliknya tapi untuk pengetahuan korang aku dah tunggu lebih dari seminggu dan ketika artikel ini ditulis pun masih belum dapat sijil SPM tersebut.
Nasib menyebelahi aku sebab aku terjumpa balik salinan sijil SPM yang asal. Tetapi kasihan dekat kawan-kawan yang nak dapatkan sijil tersebut tetapi masih belum dapat. Harap ada penambahbaikan selepas ini!