Kalau masuk office, Subway adalah pilihan aku hampir setiap kali lunch. Sebabnya aku rasa time kerja je yang boleh diet, kalau dekat rumah babai! Pantang nampak itu ini, beli pastu makan. Tak beli mesti masak. Adoii bila nak datang semangat ni!
10,000 Subway Percuma Kepada Frontliners & Sukarelawan
Okay bercakap Subway, bermula pada 7 Julai sampai 14 September 2021, diorang akan beri 10,000 sandwich Subway kepada semua frontliners dan sukarelawan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara.
Subway Rendang Terbaharu
Pemberian ini sebenarnya serentak dengan menu terbaharu Subway- Rendang Sub yang kini berada di semua cawangannya. Aku dah rasa menu terbaharu Subway ni, sedap! Cuma aku nasihatkan korang untuk campur juga dengan pelbagai sos lain, baru mantap.
Berbalik pada sumbangan tadi, sebenarnya Subway dah pernah buat perkara yang sama pada Ramadan tahun lalu. Selain itu, untuk menggalakkan korang yang duduk di rumah, Subway turut menganjurkan peraduan kongsi “Rendang Nation Anthem” di Faceook. 500 pemenang yang kongsi peraduan tersebut dengan caption How Rendang Can Unite Us All” yang kreatif akan memenangi voucher foodpanda RM100.
Tamat 24 Ogos
Peraduan tersebut telah pun bermula dan akan tamat pada 24 Ogos 2021. Pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos nanti di Facebook Subway Malaysia. Jangan lupa join tau!