Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all 830 articles
Browse latest View live

Senarai Hotel Pilihan Di Medan

$
0
0

Kebanyakan anak muda kalau travel tak kisah sangat pasal  tempat tinggal ini. Kebanyakannya akan tinggal di hostel atau mencari hotel bajet yang murah untuk save budget.




Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berkeluarga, ingin berbulan madu atau ingin mencari hotel yang selesa?

Menerusi Wonderful Indonesia, mereka telah mengenal pasti senarai hotel pilihan di Medan dan Sumatera Utara dimana aku sendiri turut berkesempatan menginap disini. Diperakui kesemua hotel ini tersangatlah selesa dan kebanyakannya adalah hotel yang berhampiran tempat menarik di Medan

Hotel di Bandar Medan

Grand Aston Hotel, Medan



Hotel 5 bintang ini terletak betul – betul di tengah Bandar medan dan berhampiran dengan tempat – tempat menarik di Medan seperti Masjid Agung Medan, Istana Maimon dan berhadapan dengan Merdeka Walk.
 
city view!

Untuk korang yang nak makan makanan tempatan, mencari souvenir dan mencari tukang urut murah, boleh saja ke Merdeka Walk  , berhadapan hotel ini


Hotel di Pasar Berastagi

Sibayak Hotel

Untuk ke Berastagi, perjalanan dari bandar Medan mungkin agak jauh, tapi jangan risau kerana di Berastagi terdapat hotel yang selesa dan menarik iaitu Sibayak Hotel




Kalau korang menginap di hotel ini jangan pelik kalau tak ada aircond dan kipas kerana cuaca disini sudah sejuk. Pemandangan pula korang akan dapat melihat Gunung Sibayak yang cukup menarik. Untuk korang yang ingin tenangkan fikiran mungkin boleh menginap di hotel ini

Hotel di Lake Toba

Inna Parapat Hotel

Jika ke Lake Toba, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Inna Parapat Hotel yang terletak di Parapat. Hotel ini best tau sebab terletak di tepi tasik dan view dia cukup mengagumkan!





Sebenarnya banyak lagi hotel yang kiteorang singgah termasuklah Niagara Hotel, Mikie Holiday Resort, dan banyak lagi. Cuma yang aku senaraikan di atas tu adalah hotel yang aku sendiri tidur disana. Untuk korang yang ke Medan, bolehlah menginap disini nanti!

Terima kasih Kementerian Pelancongan Indonesia, Team Wonderful Indonesia dan KBRI Kuala lumpur



Siapa Sangka Kedai Perabot Unik, Joy Design Studio Kini Dibuka Di Johor Bahru

$
0
0

Sering kali kalau korang nak cari perabot  mesti korang nak pergi ke tempat 'I' kan? Tapi masalahnya situ ramai orang dan bersesak. Buat orang yang jauh pula terpaksa lupakan hasrat untuk ke sana .




Berita baik untuk korang terutamanya yang duduk di Johor Bahru, kalau nak beli perabot terutamanya yang terbaik dan eksklusif korang boleh je ke Joy Design Studio yang baru sahaja dibuka di Johor Bahru.


Sebelum ini  Joy Design Studio telah dibuka di Shah Alam sejak 2014 dan kini telah melebarkan sayapnya di selatan tanah air.



Kalau nak tahu orang kuat yang juga pengasas dan pengarah di syarikat ini adalah SM Azrul SM Nasimuddin Kamal yang terkenal sebagai usahawan muda yang dikagumi.



Tidak hairanlah beliau boleh membuka dan meluaskan empayar perniagaannya ini kerana SM Azrul mendapat pendidikan tertinggi beliau di Glaslow University United Kingdom dalam lulusan Sarjana Muda Seni Bina


Cawangan yang ketiga ini bukan sahaja cawangan yang terbaru malah turut menampilkan kafe dalam galeri iaitu Cuppajoy



Bagi aku ada di antara perabot disini harganya agak sedikit mahal namun bila diamati ternyata kerana ianya perabot bermutu tinggi  dan sumbernya diimport.

 Kebanyakan bahan dan sumber kita telah import dari luar negara kerana terdapat kualitinya tersendiri dalam setiap sumber tersebut

Berbanding Shah Alam, cawangan mereka di Johor adalah yang terbesar dan ketika ditanya kenapa Johor, beliau menjawab

Sebenarnya target kita bukan sahaja Johor malah kita turut memfokuskan pasaran Singapura. Bukan itu sahaja , di Joy kami turut menyediakan perkhidmatan delivery sehingga ke pintu rumah


Memang unik dan cantik weh! Galeri setinggi 3 tingkat ini memberi pelbagai inspirasi setiap kali korang melangkah masuk ke Joy Design Studio.

Sememangnya aku tabik dengan SM Azrul dan Joy  Design Studio sendiri ini kerana mereka mementingkan pembuatan nasional dan menyokong penuh jenama tempatan. 



Malah kakitangan mereka juga terdiri daripada warganegara dan untuk mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang interior design dan pembuatan digalakkan untuk menyertai pasukan ini.






Kalau ditanya aku apakah konsep galeri ini, aku boleh katakan konsep minimalis kontemporari.

Akan datang, selepas Setia Alam , Bangsar dan Johor Bahru, Joy Design Studio dikatakan akan membuka galeri keempat mereka di Pulau Pinang. Semoga terus sukses!



Untuk korang yang duduk di Johor Bahru, silalah ke Joy Design Studio yang terbaru ini! Mesti rambang mata

Maklumat lanjut di :

Anugerah Screen Bite M & M's 2017 hectic! wheww!

$
0
0
Beberapa minggu lepas, M & M telah mengadakan Anugerah Screen Bite bagi tajuk movie "Baby Driver". Anugerah ini turut disertai oleh beberapa barisan artis tempatan iaitu Luqman Podolski serta Shaheizy Sam yang bertempat di MBO Cinemas, Starling Mall, Petaling Jaya datang untuk mengacara serta memeriahkan lagi majlis anugerah ini lagi.


Baby Driver dibintangi barisan artis terkenal Ansel Elgort serta Lily James.


Cerita ini berkisarkan tentang seorang pemuda bernama "Baby" telah dipaksa oleh ketuanya untuk menjadi pemandu upahan dalam setiap hal rompakan. Namun begitu, "Baby" adalah pemandu kesayangan tuannya walaupun beliau pada mulanya merompak tuannya sendiri. Terkesima dengan kecekapn serta "skills" pemanduannya yang mengghairahkan serta hebat, tuan "Baby" ini telah menjadikan "Baby" sebagai pemandu upahan untuk merompak dan mendapatkan wang. Kesian kat Baby ni sebab selepas dia dan ibu bapa dia kemalangan, dia menghidap gangguan saraf yang dipanggil Tinnitus, iaitu penyakit dimana Baby akan sentiasa mendengar bunyi bunyian yang bising di telinganya. That is why laj Baby suka dengar lagu untuk tenggelamkan bunyian dalam telinga dia. Kemudian, seperti jogging, Baby suka mengukur masa atau perinci minit menggunakan lagu dalam ipod dia. Dah tak payah pakai jam dah. huhu.

Lepas tu, dia jumpa girlfriend dia, Debora seorang waitress di salah satu restoran kegemaran beliau. Dari situlah, hidup Baby bertambah ceria walaupun terpaksa merahsiakan identitinya daripada Debora.

Akhirnya, sewaktu Baby dan Debora ingin melarikan diri, mereka ditahan di sempadan dan Baby dimasukkan ke dalam penjara. urmmm. Ramai saksi- saksi amat sayang pada Baby dan ingin beliau dilepaskan sebab mereka tahu Baby tu memang baik dan sangat suweet orangnya. hoho. Yang lain tu, kena tengok sendighi ok? Tak best lerr kalau spoil spilt banyak benda sangat kat sini. Tak thrill nanti.. huhu.


Luqman dan Sam kicked the event! Red goddest in them!



Masuk je MBO, anda akan disambut dengan ini! hehe.. Ceria sangat.








Treats from M & M.. Craze about M & M... Sungguh enak dimakan waktu anda layan internet, tengok wayang dan tengok tv. ehh? Tak semestinya. Waktu tidur pun boleh munch M & M ni.. hehe.


Thanks lottle M & M's Malaysia atas sumbangan besar anda..:) Stephanie Kok, the Brand Manager MARS Chocolate (SEA) disebelah kanan bersama Mascot M&M hijau, merah dan kuning berdiri bersama para pemenang "the mini photo contest". Strike a pose yaww...


Terasa macam dalam private jet pun ada. Selain arm rest, ia juga ada leg rest. Worth every penny spent I must say. Hijau, Kuning dan Merah ni pergi mana ehh tadi? Kalau tak boleh dah buat teddy bear waktu menonton.. huhu..


Ruang santai di kawasan entrance ke pawagam. Jom gosip? hehe.. Sambil nikmati M & M dan Baby Driver!























Wanginya Shampoo Shurah Ariana Terbaru ini!

$
0
0

Tahukah korang, kebanyakan lelaki kalau guna atau beli shampoo, kiteorang akan pilih Shampoo perempuan. Ini bukan rekaan ya tapi fakta malah aku sendiri kadang – kadang akan beli shampoo perempuan. LOL 




Nak pilih dan pakai shampoo ini bukan boleh main pilih je. Selain wangi, korang kena pastikan yang shampoo itu mempunyai pelbagai khasiat. Untuk itu, aku nak perkenalkan dengan korang Syampu Shurah Ariana yang membantu dalam penjagaan rambut terutamanya untuk wanita berhijab. 


Bukan wanita je , lelaki pun boleh pakai so untuk korang yang pakai topi tu sangatlah sesuai untuk pakai sebab rambut terlindung kan? Dalam Shampoo Shurah Ariana yang terbaru ini, ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT)


Fungsinya, kelebihan ini boleh mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari. So dah tak gatal dan rambut pun akan kekal wangi. 


Terdiri dari 4 botol yang pelbagai warna dan fungsi; 



1. Botol Pink – Untuk rambut Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun rambut tertutup sepanjang hari. 



2. Botol Hijau - untuk Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut korang kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari. Untuk lelaki sesuai la pakai! 



3. Botol Oren- Untuk Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. 

Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya. 



4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur. 



Haa pelbagai fungsi kan! Aku dah test semua shampoo ini, memang wangi weh! Syok je bau dia. So untuk dapatkan syampu Shurah Ariana, korang boleh dapatkan di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml. Murah kan? 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, korang boleh layari: 

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/


dan follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia #shurahpencerah 


Untuk pembelian secara online pergi ke : http://www.jetaine.com/shop/

Uniknya Vietnam !

$
0
0
Siapa pernah pergi Vietnam? Haa kalau nak tahu, Vietnam memiliki keindahan yang tidak boleh dipertikaikan. Sebab apa? Ianya kaya dengan sejarah kebudayaan,landskap dan panorama semula jadi yang memukau, pantai indah memukau, keperbagaian cita rasa dan banyak lagi!




Sebab itulah Vietnam berjaya menarik ramai pelancong setiap tahun. Kalau ke Vietnam mesti kena pergi ke kota Ho Chi Minhterutamanya untuk food lover!

Nikmati juadah lazat Vietnam

Syurga makanan! Vietnam. Banyak giler choice dekat Ho  Chi Minh City. Makanan halal? Jangan risau yang ini semuanya makanan halal dan boleh dapatkan di sekitar bandar.

Vietnam Spring Roll



Haa makanan ini viral tau! Nak dapatkan yang halal? Boleh je pergi ke Restoran d’Nyonya dan pesan Vietnam Spring Roll. Kalau tak dapat ni, tak sah trip korang ke sini.


Pho Hoa Ha



Pho adalah makanan tradisi disini. Macam mi juga, ianya dihidangkan bersama herba dan daging. Ianya cukup terkenal dan berharga RM6. Murah kan?

Medan tawar-menawar di Pasar Ben Thanh




Sebelum korang terus menjamu selera dengan makanan seterusnya, singgahlah di tempat tumpuan di Ho Chi Minh City untuk membeli-belah secara tawar menawar di pasar Ben Thanh. Untuk kaki shopping, ini syurga buat korang dimana korang boleh nego harga yang menjual makanan, cenderahati, kesenian dan kraftangan,
tekstil dan banyak lagi.

Kalau dah dekat sini, jangan sekejap je tau. Sebaiknya luangkan masa sedikit untuk berjalan, survey dan barulah beli! Bak kata orang bijak membeli. Hehehe


Any coffee lover?


Sebagai pengeluar kopi kedua terbesar di dunia, Vietnam pastinya arif mengenai kopi. Tidak seperti segelas kopi yang biasa korang tengok  di Starbucks, kopi Vietnam dikenali kerana dengan susu pekat manis yang memberikannya keseimbangan sempurna bagi Cha Phe Sua Nong yang begitu keras – iaitu kopi hitam tradisional Vietnam.



Sedap weh! Senang je kalau nak minum kopi ini. Cari je setiap jalan di Vietnam. Masuk ke mana-mana kedai kopi, minta secawan kopi, duduk dan nikmatinya sambil melihat orang atau kawasan sekitar like a boss!
-
-
-
-



Haa ini baru sikit tau! Sebenarnya ada banyak lagi tempat dan aktiviti yang menarik di Ho Chi Minh City. Untuk merasai sendiri pengalaman di negara ini, korang boleh menaiki Vietjet, syarikat penerbangan era baru terkini Vietnam.

Dengan penerbangan terus setiap hari dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City, mengunjungi Vietnam kini menjadi lebih mampu dan mudah! Dengar cerita harga pun murah!

Untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan Vietjet yang menyeronokkan dan inovatif, layari www.vietjetair.comatau www.m.vietjetair.com (mobile), 

muat turun app vietjetair, sertai vietjetairvietnam di Facebook atau

 menghubungi pusat panggilan syarikat penerbangan ini 24 Jam setiap hari di talian (+603) 2730 9887 atau e-mel vietjet@kul.reliancetravel.com.

Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka

$
0
0


Korang nak menang peti ais, ketuhar dan pelbagai hadiah menarik lagi? Jika Ya korang wajib join contest yang dianjurkan oleh Pokka menerusi Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka . 


Pelbagai hadiah menarik menanti korang tau. Berikut adalah senarai hadiah yang tersedia :

1X Hadiah utama – Peti sejuk bernilai RM5000

1X Hadiah Kedua – Peti sejuk bernilai RM3000

1X Hadiah Ketiga – Ketuhar Stim bernilai RM 1500 

10X Saguhati – Baucar Giant bernilai RM 100


Lumayan kan? Jumlah keseluruhan hadiah ni bernilai RM10,500 tau! Dan syaratnya teramatlah mudah. So apa yang korang perlu buat?

  • Beli mana – mana produk Pokka bernilai minimum RM12 dalam single resit di GIANT SAHAJA . jangan kedai lain ya nanti tak valid

  •  Hantar penyertaan korang melalui :


Pos, borang boleh dapatkan di Giant ATAU lagi mudah


Whatsapp sahaja gambar resit dengan jelas beserta butiran

NAMA 
 NO KAD PENGENALAN 
NO RESIT dan lengkapkan SLOGAN ‘ Asli lagi menyegarkan itulah, ………. SLOGAN KREATIF korang mestilah TIDAK MELEBIHI 50 PATAH PERKATAAN)

Hantarkan ke 013 – 601 7211

SIMPAN RESIT KORANG SEBAGAI BUKTI PEMBELIAN( Untuk tujuan penebusan hadiah sekiranya korang menang)
*klik untuk besarkan

Contest ini BERMULA pada 1 OGOS dan BERAKHIR pada 30 SEPTEMBER 2017


Mudah kan? Tunggu apa lagi, pergi ke Giant , dapatkan produk POKKA dengan nilai minimum RM12 dan join peraduan mudah ini!


Pokka ini sedap tau! Boleh refer link aku sebelum ini http://www.budakpacak.com/2017/02/sedapnya-minuman-pokka.html

Malaysian Griller's Challenge Nandos 2017.

$
0
0
Hello hallu everybody! Pada hari ini, I nak update pasal Malaysian Griller's Challenge Nandos 2017. Pada beberapa hari yang lepas, pihak Nandos telah menganjurkan satu pertandingan grilling ayam peri- peri terhangat Nandos bertempat di Nandos Mytown, Cheras. Event ni selaras dengan pertandingan yang akan diadakan pada September nanti, dimana para grillers seluruh negara akan turun padang ke Nando's International Grillers' Challenge yang ke 6 tahun di Johannesburg, South Africa.

Para peserta akan ber"combat" dan beraksi dalam menyediakan ayam peri-peri paling laris Nandos terdiri daripada peserta lelaki mahupun wanita ini akan disertai oleh peserta dari UK,US,Australia, Emiriah Arab Bersatu dan macam- macam lagi.


Antara "Nnado's Master Grillers 2016" yang banyak membantu belakang tabir menjayakan program ini. Dari kiri adalah Shidin, Ali dan Rajasingam. Part paling best ialah bila "kitchen crews" macam kurang bersemangat, manager mereka akan nyanyiakn lagu keramat mereka kuat- kuat. Misalnya, nyanyian keramat "GDoubleOD JOB" dan "kitchen crews" akan sambut dengan penuh semangat "GOOD JOB! GOOD JOB HEYY! GOOD JOB GOOD JOB HEYY!"




Dibelakang tabir antara salah satu para peserta yang berentap dalam pertandingan Malaysian Griller's Challenge Nandos 2017 sambil dibantu oleh kru Nandos yang berpengalaman. Mereka akan dihakimi berdasarkan tesktur makanan mereka, cara penyampaian serta kekemasan dalam menyediakan makanan dan minuman di Nandos. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta serta pelanggan mengenai tahap piawaian penyediaan makanan dan minuman di restoran Nandos.





Yeay! Chef Khai Azfar memenangi tahta pada tahun ini! Hebat ni berentap di dapur! Hakim pertandingan amat berbangga dengan pencapaian Chef Khai Azfar! Apa yang beliau menangi? Banyak! Antaranya 365 hari percuma hidangan Nandos! Terima kasih banyak- banyak Nandos Malaysia kerana memberi dan membuka peluang untuk kami mencuba pengalaman sebenar sebagai chef Nandos dan yang paling penting, banyak pengalaman dan pengajaran yang kami dapati daripada program ini. Antaranya, kami hargai hasil titik peluh segala "kitchen crews" Nandos dalam memberikan kepuasan maksima dalam penyediaan makanan dan minuman kepada pelanggan Nandos. 




















Nak Piza Yang Sedap? Cari Je PizzArt Dan Produk Anchor

$
0
0

Siapa suka makan Pizza ? Jika Ya, korang wajib baca sampai habis entry ini sebab Pizza dia sangat sedap berbanding dengan jenama yang sedia ada di pasaran.




Buktinya aku dah cuba makan pizza – pizza ini memang diakui sangat sedap. Tak percaya nanti korang pergi cuba.

Aku bersama – sama beberapa orang blogger telah join kempen PizzArt yang membawakan restoran Pizza yang terbaik di Lembah Klang yang dibawakan khas oleh Anchor Food Professional

Jenama Anchor sendiri merupakan jenama tenusu yang membekalkan produk – produk jenama tenusu terkenal di Malaysia.  

Kalau nak tahu sebanyak 24 outlet telah dipilih untuk menyajikan hidangan dari Anchor Food Professional yang menggunakan produk Anchor.
Macam baru ini aku dah cuba makan di Movida dan Pizzaria.




Untuk korang yang nak makan Mini Muffin Pizza dan Pizza Bombs bolehlah ke Movida di Subang dan Sunway Giza. Tapi untuk korang yang muslim kena tahu, Movida ini merupakan bar dan kurang sesuai untuk makan disini. Tapi jangan risau pizza dari Anchor dijamin halal.



Nak best, korang kena datang ke Pizzaria di Usj 21 dan cuba Formaggio dan Pot Pie Pizza. Serius cheese dia meleleh! Sedap! Bila ditanya cheese apa yang diguna, jawapannya adalah Anchor.




Sebab itu jugalah kiteorang datang dan cuba kerana menjadi saksi kepada masakan dan bahan yang digunakan, No Doubt!


Selain itu pizza yang dibuat juga fresh dari oven dan berdasarkan permintaan. Sebab itulah Anchor Food Professional menitik berat dalam kaedah pembuatan pizza.

Untuk mencuba menu –menu ini korang boleh ke  lokasi yang disebut diatas.! Berbaloi!

Kereta Sewa Murah Dan Selesa Dari Adikfira

$
0
0

Korang nak cari kereta sewa yang murah dan selesa? Apa kata korang pakai Hyundai Starex Royale dan boleh sewa dekat ADIKFIRA. 




Sebelum ini aku ada up entry untuk pergi Johor and Yes kiteorang gunakan khidmat Adikfira.  Kalau pakai Starex ni senang sebab boleh angkut ramai orang. Just imagine kiteorang haritu 10 orang memang muat weh dan sangat selesa


Nak tidur tak boleh sebab semuanya geng bawang jadi menyembang je sepanjang perjalanan sebab sangat selesa kan? LOL 

Jimat ke pakai Starex ni? Yes!  Just imagine masa kiteorang ke Johor Baharu tempoh hari , untuk perjalanan 650km pengisian sebanyak RM182 (bersamaan 91 liter) dan ada banyak lagi baki minyak yang tinggal.



Seating kereta ini adalah 2, 3,3,3. So makna nya boleh memuatkan 11 atau 12 orang dalam satu masa. Kemudahan kereta ini adalah fully auto dengan dilengkapi  Pemain DVD. 



So berapakah harga sewa kereta yang gojes ini? 

Tarif sewa kenderaan Hyundai Starex Royale ADIKFIRA i
Auto gear dan minyak diesel (tangki penuh RM120.00± – 700km)
RM20.00 sejam (minima 5 jam)
RM225.00 separuh hari (12 jam)
RM450.00 sehari (24 jam)
RM2,800.00 seminggu (7hari)
RM200.00 Service VVIP ‘Drop & Pickup only + Driver’




Sekiranya berminat, boleh hubungi terus:
Fira 017-3136065
Zikri 017-9595907
  • Perlu diingatkan untuk penyewa yang duduk sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Putrajaya, Lembah Klang SAHAJA 
  • Kenderaan perlu diambil. Cas sebanyak RM30-50 akan dikenakan ika perlu dihantar ke kawasan lokasi tertentu.
  • Selain dari Hyundai Starex Royale,  Suzuki APV pun ada untuk sewa 

Highly recommend! 

Kredit gambar : Kitepunye.com 

DEMC Shah Alam Hospital Swasta Pertama Di Malaysia Yang Memiliki MRI Yang Canggih!

$
0
0

Sebelum ni kita asyik dengar perkataan MRI bagai kan? Korang tahu ke apa maksud dan kegunaan MRI ini? 



MRI ini adalah singkatan bagi Magnetic Resonance Imaging yang kebanyakannya digunakan dalam bidang perubatan.  Baru - baru ini aku berkesempatan untuk hadiri seminar yang lebih kepada awareness mengenai apa itu MRI 



Seminar ini dianjurkan oleh DEMC Specialist Hospital Shah Alam dengan kerjasama Philips Healthcare. Aku sengaja datang seminar ni sebab nak tahu dengan lebih lanjut mengenai MRI ni walaupun belajar dan kerja aku tidak bersangkut paut pun dengan perubatan. 



Kalau korang nak tahu, MRI Jalur Lebar Digital Pertama di hospital swasta Malaysia dimiliki oleh DEMC . Tidak hairanlah bila korang pergi mana - mana untuk dapatkan rawatan dorang akan suggest DEMC nih

Dalam seminar tersebut, para speaker telah dijemput khas iaitu Dr Stephane Breil PhD in NMR Spectroscopy dari Paul Sabater University, France dan Encik Wan Mohd Fuad, Senior Manager Cardiac Angiographer, Diagonstic Imaging Department di DEMC



Tujuan seminar ini adalah untuk memberikan penjelasan dan maklumat mengenai mesin MRI jalur lebar digital yang pertama di DEMC ini.

Nak tahu tak kelebihan mesin MRI jalur lebar digital ini berbanding mesin MRI lain yang berada di pasaran?

Mesin MRI jalur lebar digital ini mampu memberikan imej yang lebih jelas di samping masa yang diambil juga lebih cepat. 
Uniknya lagi mesin terkini ini memberikan pengalaman yang berbeza kepada korang sebab korang boleh pilih mood yang korang nak dalam tu. So takde la cuak atau bosan kat dalam mesin MRI ni.Canggih kan ? 
Berbadan besar? Dont worry sebab mesin ini direka untuk pelbagai saiz dan kanak - kanak pun boleh gunakan mesin ini dengan selamat. 
So lepas ini, kalau korang nak dapatkan pemeriksaan MRI datang je ke DEMC Shah Alam dan highly recommend untuk dapatkan rawatan lain sebabnya ; 
  • DEMC memberikan perkhidmatan yang unik,berbeza dan komitmen mereka tanpa kompromi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan 
  • Selesa! Rasa macam dekat hotel 
  • Terdapat 130 katil dengan bangunan 9 tingkat yang menawarkan pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan profesional.
Selain itu, dekat sini juga ada rawatan lain seperti : 

  • ExtraCorporeal Shock Wave Lithotripsy – Untuk membuang batu dekat buah pinggang.

  • Ultrasound
  • X-Ray

Untuk korang yang nak dapatkan rawatan disini bolehlah rujuk 
Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) 

No. 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14 Shah Alam Selangor
Tel: +60355151888
Faks: +0355151811/12
Website: www.demc.com.my






Nak Makan Makanan Kelantan Yang Sedap? Datang Ke Nasi Pak Man Damansara

$
0
0
Siapa suka makanan Kelantan, kita geng! Cakap saja pasal nasi kerabu, laksam bagai fuhh terliuh weh! 




Kalau duduk jauh dari pantai timur dan teringin nak makan makanan Kelantan? Jangan risau sebab dekat Kota Damansara, korang boleh hilangkan rindu dengan makan di Restoran Nasi Pak Man

Tapi kena ingat, disini korang kena pastikan dua benda iaitu ;

  1. Nak breakfast dekat sini? Datang awal sebab selalu full! 
  2. Make sure perut korang kosong dan makan sepuas nya dekat sini sebab berbaloi 
Sedap weh! Aku dengan kawan - kawan blogger yang lain punyalah datang seawal pagi dan makan tak ingat orang tepi dah. Punah diet aku! Hahaha 

Cumanya ada kekurangan sikit la sebab tak semua menu kelantan atau pantai timur ada disini . Tetapi menu - menu killer lain tetap ada seperti 

Nasi Dagang Ikan tongkol 



- aku tak sempat rasa sebab tak order yang ini tapi nampak kawan - kawan lain makan sedap 

Nasi Kerabu 


- nampak meriah dengan pilihan daging bakar, sambal cili dan ulam - ulaman

Nasi Pak Man


- yang ni makan sedap weh kalau panas -panas. Basically ni macam nasi kukus bersama dua ketul ayam goreng dan gulai Pak Man yang kick! 

Roti Goldess



- Makan sampai dua kali weh! Roti special bersama kaya dan cheese. Fuhh sedap!

Roti tiptap 


- Actually aku nak order lagi haritu tapi segan. Sedap! Rugi kalau tak order. Cara nak makan, korang cuma gaulkan kaya bersama telur dan makan bersama roti. 

Laksam 



Nak rasa pure Laksam? Inilah tempatnya 

Kopi Ais yang kaw!

Serius cakap ini pelengkap terbaik. Actually aku sorang je order ni lepastu ramai pulak yang tanya ni air siapa sebab dorang teringin. memang the best! 

Ada penghantaran food panda juga



Restoran ini waktu pagi memang meriah weh waktu aku pergi haritu pun ada nampak selebriti makan dekat sini. Nasi Pak Man pernah masuk dalam Jalan - Jalan Cari Makan TV3 dan Ho Chiak! 



Kalau korang nak makan dekat sini, ianya dibuka pada 8 pagi sehingga 12 malam. Highly recommend! 


Facebook : www.facebook.com/NasiPakManKD
Instagram : www.instagram.com/Nasi_Pakman

Ketahui Hak Korang Sebagai Pengguna !

$
0
0

Korang pernah tak alami pengalaman dimana korang membeli sesuatu tetapi harga barang tersebut terlalu mahal berbanding kedai lain, ditipu ketika membeli tidak sama dengan harga yang dipamerkan?




Sebenarnya semua itu boleh dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) dimana dorang akan ambil tindakan yang selanjutnya.

Bila korang perasan ada kedai yang menaikkan harga sewenang –wenangnya dan tak pamerkan tanda harga pun dah dikira satu kesalahan tau? Tambah – tambah lagi apabila melibatkan barang seperti minyak, tepung dan gula sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang ini sesuka hati ja.



Jadi, jalankan tugas korang sebagai pengguna dengan laporkan kepada KPDNKK. Kalau korang tak laporkan, macam mana dorang nak take note, alert dan ambil tindakan bukan?

Selain dari insiden di atas, di antara salah laku dan juga kes yang korang dianayai adalah

·       Penipuan Perkhidmatan
·       Penipuan Harga
·       Penipuan Transaksi Internet
·       Jualan Bahan Petroleum
·       Tiada Tanda Harga
·       Bengkel Kenderaan Bermotor
·       Pekhidmatan Telekomunikasi
·       Penipuan Gores Dan Menang
·       Penipuan Perjanjian Sewa Beli
·       Penyelewengan Jualan Lansung

Korang kena alert dengan kes seperti ini jangan biarkan ‘lanun’ di luar sana menguasai dan memonopoli keuntungan begitu sahaja.

contoh harga semasa barangan

Jalankan tanggungjawab korang sebagai pengguna dengan membuat aduan melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).



Kalau korang nak tindakan cepat dan ketika itu korang tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, korang boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:



Selain itu, jangan lupa untuk menjadi Friends of KPNDKK yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mendaftar di http://fok_sp.1pengguna.com/sp/ . Banyak kelebihan nya tau.Jalankan tanggungjawab kita bersama! #KPNDKK #HakPengguna

Murahnya Beli Barang Dapur Di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

$
0
0

Ingat senang ke duduk sebagai orang bujang ni? Tak ada bini atau mak nak tolong masakkan jadi jalan mudah makan maggi je haa. Tapi kena ingat makan selalu tak bagus untuk kesihatan, so rajin – rajinkan lah diri untuk pergi shopping beli barang dapur ya.




Selalunya bab harga memang aku particular, yer la walaupun bujang tapi komitmen dah macam anak 4 orang LOL so dimana nak dapatkan barang dapur yang murah?



Korang pergi je dekat Lulu Hypermarket Kuala Lumpur. Pada mulanya aku was – was juga nak beli memandangkan rumah aku di Shah Alam, pasaraya ini pula dekat tengah – tengah Kuala Lumpur.

Tapi since 16 dan 17 haribulan yang lalu, Lulu Hypermarket buat jualan promosi dimana hampir semua barang ada 50% diskaun, aku pun terjebak sampai shopping tak ingat dunia.

Siap call lagi kawan baik aku nak beli apa, since dah murah. Hahaha ..Aku difahamkan oleh staff disini, dorang memang selalu adakan promosi tambah – tambah lagi di musim perayaan.






Bayangkanlah chipsmore 2 pek RM6 , Toblerone RM7 daripada RM10 dan banyak lagi. Selain murah, apa yang membezakan Lulu Hypermarket dengan pasaraya lain adalah department dia besar dan ada jual pelbagai barang secara pukal. Contohnya aneka cheese, kekacang, gula – gula import, roti dan banyak lagi.

Memang murah!Okay sekarang aku list barangan yang aku beli ini dan korang tengok murah ke tak

  • -       Cheese 1 pek
  • -       maggi 1 pek
  • -       roti nan 1 pek
  • -       Air twister 2 botol besar
  • -       Air 100 plus 1 botol besar
  • -       Aiskrim wall 1 pek besar
  • -       Cili hijau
  • -       Cili burung
  • -       Bawang besar
  • -       Tiger balm
  • -       Shaver gillete 4 batang
  • -       Nugget ramli
  • -       Daging import
  • -       Hotwheels 2 biji
  • -       Tepung kastard
  • -       Susu cair
  • -       Ikan bilis
  • -       Chipsmore 2 pek
  • -       Biskut
  • -       Kitkat
  • -       Jajan 4 pek
  • -       Macam ada lagi tapi tak ingat LOL
  • -        

Dan semuanya RM160. Murah tak? Semua ini aku angkut naik motor tau tak. The struggle is real! Actually semalam berkenan dengan tv 55 inci tu, smart tv Full HD harganya cuma 2 ribu daripada 4 ribu. Nasib tak cukup bajet kalau tak memang rembat dah haha

Pada 16 September bersempena dengan Hari Malaysia juga, Lulu Hypermarket Kuala Lumpur telah mencatat rekod Malaysia dengan memecah rekod pesaing sebelum ini dalam The Longest Fresh Fruit Cake sepanjang 123 meter!




Tahniah Lulu Hypermarket! Orang ramai pun berpeluang rasa dan dapatkan kek ini secara percuma siap ada yang tapau bawa balik tau.

So kalau nak shopping pelbagai barangan murah korang dah tahu kat mana kan? Highly recommend! Selamat shopping ya!

Siapa Nak Cari Kerja ? Kena Sertai Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017

$
0
0


 Berdasarkan pengalaman aku sendiri, memang zaman sekarang persaingan untuk mendapatkan kerja tu sangat dirasai.

Walaupun korang ada ijazah tinggi mana, tapi tanpa kemahiran dan usaha ternyata itu semua sia- sia. Macam aku, walaupun grad agak cemerlang dan agak aktif masa zaman belajar dulu tapi nak dapatkan kerja tu hampit setahun lebih juga lah bersaing.






Namun semua itu ada jalan penyelesaiannya, kerana sekarang banyak je pameran dan acara temuduga dan mencari pekerjaan diadakan. Akan datang, korang kena datang ke pameran dan program kerjaya Return To Work yang dianjurkan oleh Perkeso.

Don’t worry guys! Job fair ini memang trusted punya dan tak menipu macam kes yang dianjurkan oleh satu badan baru – baru ini. Buktinya, pemuda yang berstatus OKU ini sudah pun mendapat kerja melalui program Perkeso ini .

Yes! Mereka yang OKU pun boleh dapat kerja melalui program ini kerana Perkeso cuba untuk tidak membezakan taraf seseorang malah untuk yang OKU walapun ada kekurangan namun kerja yang diberi sangat bersesuaian untuk mereka.

Sebagai contoh, pemuda yang bernama Mohd Haffiz Zamri ini telah berkongsi pengalamannya mendapat kerja melalui Perkeso. Suatu ketika dahulu, beliau pernah menjadi mangsa rompakan dan menyebabkan kaki kanannya ditembak. Akibatnya, kaki beliau cedera parah sehingga menyebabkan kakinya itu tidak dapat berfungsi lagi dengan baik.



Bagi sesetengah tempat, mungkin akan terus dibuang kerja atau mereka yang menghadapi kecacatan fizikal tidak akan diterima bekerja. Namun berlainan pula dengan Haffiz kerana beliau telah merujuk kepada Perkesomelalui Return to Work dan hasilnya beliau telah diterima bekerja.


Jadi jangan lupa untuk ke Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 Oktober 2017 bermula pada 8.30 pagi hingga 4 petang.

Ini senarai syarikat yang mengambil bahagian nanti. Take note guys!


Untuk siapa karnival ini? Untuk korang yang ingin cari kerja tidak kiralah lepasan university, penganggur atau kekurangan upaya(OKU) , korang boleh je datang sini asalkan niat korang memang nak cari dan dapatkan kerja.



Pada hari tersebut, sebanyak 2000 kekosongan jawatan bakal diberikan kepada korang yang layak dari 30 majikan termasuk badan berkanun dan agensi kerajaan.

Jangan lupa bawa bersama resume korang,sijil , gambar passport dan dokumen berkaitan untuk memudahkan proses temuduga nanti.

Untuk maklumat lanjut, hubungi

03-426 45594 / 5373
017 – 369 0128
012 – 607 6763

Facebook : Return to Work Perkeso
Twitter : Return to Work Perkeso

Sila kongsikan berita ini dengan kenalan korang ya! 

Wae Rebo : Tips Untuk Ke Flores!

$
0
0
Pernah dengar mengenai Flores? Sebuah negeri yang terletak di Timur Indonesia, sebuah pulau yang cukup cantik untuk diterokai.

Malah, Flores ini juga one of my wishlist dan Alhamdulillah, dapat juga menjejak kaki disini. Dekat Flores ini ada beberapa tempat yang wajib dikunjungi seperti Pulau Komodo dan juga Wae Rebo; perkampungan asli penduduk asal di Flores yang diiktiraf Unesco.

So perkongsian aku kali ini lebih kepada Wae Rebo dan mungkin next time Komodo pulak. Sebenarnya, ramai yang bertanya, macam mana nak ke Flores, nak kena naik apa. Haa baca entry ini sampai habis untuk tahu caranya.



First untuk sampai ke Flores, korang kena transit dulu dekatBali. So haritu kiteorang pergi naik AirAsia,balik naik Malindo.  Aku suggest dekat korang better amik flight awal pagi sebab ianya akan ambil masa.




Jadi, kiteorang haritu bertolak jam 7.30 dan sampai jam 10.30. First time juga aku pergi ke Indonesia naik AirAsia X, maybe sebab transit. Sampai sahaja di Bali, korang boleh naik flight Garuda Indonesia atau Nam Air untuk ke Flores.



Macam kiteorang haritu, naik Garuda pukul 2.30 petang.  Perjalanan dari Bali ke Flores mengambil masa 1 jam setengah. Don’t forget to take a few pictures while on board ya! Sebabnya disitu pelbagai pemandangan menarik, termasuk gunung berapi, Lombok korang dapat lihat.



Airport Flores, yang dikenali sebagai Komodo airport ni kecil je dan agak sunyi. So disinilah perjalanan korang bermula. Untuk yang ingin ke pulau Komodo, mostly akan tinggal di bandar kecil Flores sebabnya di pulau tersebut tak ada penempatan untuk pelancong.


makan dulu! Depan airport ni ada restoran! So lepak sini dulu
Untuk ke Wae Rebo, masih lagi jauh perjalanannya. Kiteorang bertolak dari airport dalam pukul 6 macam itu dan sampai ke guest house lebih kurang 12.30 tengah malam.

Pastikan korang makan siap – siap pil tahan mabuk, ubat – ubatan seangkatannya sebab jalannya penuh berliku dan for the first time dalam kebanyakan tempat aku travel, perjalanan aku ke Wae Rebo buatkan aku muntah sampai 6 kali. Sampai lembik weh!

teaser untuk next entry!

Jadi bersiap sedia ya! Walaupun jauh, ternyata perjalanan korang untuk ke Wae Rebo sangat berbaloi kerana tempat ini menjanjikan kelainan lain dari yang lain. Untuk itu, akan aku ceritakan dalam entry akan datang ya!

Trip ini dibawakan khas oleh Ministry of Tourism Indonesia. 

Perfume Ini Murah Dan Mudah Dibawa Travel!

$
0
0

 Bercakap pasal perfume, to be honest aku sangat cerewet mengenai bau dan jenisnya. Ada kalanya aku terpaksa minta kawan yang expert bab perfume pilihkan berbanding mereka yang main ambil je bau nya.






Dah okay, kadang nak bawa pergi travel tak lepas pula atas flight. Terpaksa la sedekahkan dekat imigresen. Sekarang ni dah tak perlu risau , sebab dengan adanya produk Dashing Anytime EDT , segalanya menjadi mudah.

Aku sendiri dah pakai dan bawa kesemua 4 produk Dashing Anytime EDT. Highly recommend! Sebab apa?

  • -       bentuknya nipis dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • -       bersaiz poket , jadi masukkan sahaja dalam poket
  • -       wangian asli Dashing yang dimuat ke dalam bentuk yang lebih kecil
  • -       untuk travel, tiada halangan untuk dibawa masuk ke dalam flight
  • -       macam aku merempit, bau asap bagai. Jadi dekat office memang dah prepare satu botol
  • -       Kadang masuk tandas berbau, spray je sekali. Semerbak mewangi!


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya ni shadir dalam empat variasi iaitu Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1  Cool

    Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik korang. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam diri korang

2  Active

    Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif korang.



3  Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

4  Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.



Kalau ditanya, aku prefer ultimate kick. Maybe sebab aku suka wangian berunsurkan lemon. So untuk korang yang ingindapatkan wangian EDT Anytime Dashing ini bolehlah mendapatkannya pada harga RM7.00. DASHING Anytime EDT 18 ml ini boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

Promosi terhebat serta kegembiraan berganda tahun 2017 beserta ruang yang lebih besar di Kuala Lumpur Convention Centre!

$
0
0
Hai semua! Kepada sesiapa yang berminat untuk jamuan makan besar tahun baru Cina serta hidangan bagi minit mesyuarat di Kuala Lumpur Convention Centre, kini anda berpeluang menikmati potongan harga yang sangat istimewa oleh "The Centre" bertempat di dewan Kuala Lumpur Convention Centre.

Pada 3 Oktober 2017, bersidang di Dewan 2 Kuala Lumpur Convention Centre, "The Centre" telah menganjurkan satu acara makan tengahari bertujuan untuk mempromosikan serta memperkenalkan 8 menu terbaru masakan Cina yang menggabungkan citarasa kontemporari bersama gabungan makanan tradisi masyarakat Cina di Malaysia. 

Hidangan- hidangan ini telah terbukti amat berkualiti dan lazat apabila "The Centre" telah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam pertandingan "Culinaire Malaysia 2017" pada minggu yang lepas. Antara anugerah yang telah dinobatkan adalah "Most Outstanding Team in Culinary,""Most Outstanding Chef", "Most Outsatnding Artist" serta "Most Outstanding Apprentice!"

Antara menu baru yang ditawarkan ialah:

a) Five Happiness Combination Platter.
b) Seafood Chowder with Silken Beancurd and Enoki Mushroom.
c) Roasted Sesame Chicken with 5 Spice Salt.
d) Deep-fried fish fillet with Tumeric and Ginger Sauce Portuguese Style.
e) Stir- fried Prawn with Shrimp Paste enhanced with Curry Spice Kum Heong Style.
f) Braised San Ken beancurd Dumpling with Bailing Mushroom and Broccoli Florets.
g) Wok- fried rice With Shredded Cuttlefish and Silver Anchovies.
h) Chilled Honeydew Melon with Pearl Sago.

Beverage(s):

Chinese Tea.


Promosi:

MYR 1,600++

10 tetamu
1 meja 
"8 Course Chinese Menu"
Tarikh promosi tempahan : 3 Oktober 2017- 30 November 2017
Tempahan yang dibuat pada tarikh diatas juga akan menerima harga promosi yang sama untuk tahun hadapan (tempahan sekarang untuk tahun hadapan).


MYR 188++
(Hidangan tambahan)

10 tetamu + Fresh Salmon Platter complement bagi CNY Banquet Menu Option.


MYR 200++ /per-pax

Meeting Package Solution.
Option - Full-day package OR Half- day package
Ianya untuk hidangan tengahari dan "coffee-break"




Pengurus Besar "The Centre", Mr Alan Pryor memberikan ucapan perasmian mengenai polisi pengendalian operasi di Kuala Lumpur Convention Centre.



Chef- chef di belakang tabir "The Centre" Chef Hisham bin Jaafar dan Mr Andrew Lee.



Five Happiness Combination Platter.


Seafood Chowder with Silken Beancurd and Enoki Mushroom.


Roasted Sesame Chicken With 5 Spice Salt.


Deep- fried Fish Fillet with Tumeric and Ginger Sauce Portuguese Style.



Stir- fried Prawn with Shrimp Paste Enhanced with Curry Spice Kum Heong Style.


Braised San Ken Beancurd Dumpling with Bailing Mushroom and Broccoli Florets.



Wok fried-rice With Shredded Cuttlefish and Silver Anchovies.



Chilled Honeydew Melon with Pearl Sago.


*Untuk maklumat terbaharu dan terkini mengenai "The Centre" sila layari








Nak Jimat? Naik Je MRT

$
0
0
Sekarang ini kalau korang dapat tengok, kos sara hidup semakin meningkat bukan? So kenalah pandai rancang kewangan korang sebaik - baikya. Antara satu tips aku nak share dengan korang adalah menggunakan pengangkutan awam 




 MRT Lebih Selesa! 

Korang dah pernah naik MRT? Kalau belum, nanti ada masa silalah berbuat demikian ya. Dari segi pengamatan aku, MRT ini banyak kelebihannya. Selain dari besar dan jauh lebih selesa dari semua pengangkutan awam yang ada, MRT ini juga membantu memendekkan masa korang dari terus tersadai di dalam kesesakan jalan raya. 



MRT Menjimatkan 

Bukan itu sahaja, korang juga boleh kawal perbelanjaan korang dengan berjimat dan menaiki MRT. Sebab apa aku kata naik MRT jimat? 

1. Korang tak perlu bersesak dan MRT turut menyediakan ruang parkir yang besar dan mencukupi
2. Menghubungkan bandar - bandar utama. Kalau dulu , aku cukup malas nak pergi Damansara sebab sesak. Sekarang naik MRT dah boleh punctual dan tak perlu stress!
3. Lebih selamat. Kadang - kadang ada yang mempertikaikan naik motor lebih jimat. To be honest aku sendiri naik motor dan Ya memang menjimatkan. Tetapi korang kena ingat, cuaca tak menentu dan faktor keselamatan harus diambil kira 




Haa betul tak apa yang aku cakap ni? So jadilah pengguna yang bijak! Guna MRT, jimat wang dan juga selamat! 

Kalau korang ada apa - apa kemusykilan boleh lah layari http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/ banyak info kat sini tau

Kedai Buah Segar Dan Berpatutan Di Shah Alam

$
0
0

Ada tak diantara korang yang duduk di Shah Alam dan yang mencari – cari kedai buah yang segar dan of course harganya berpatutan? Kalau Ya, korang kena baca entry ini sampai habis ya!




Memang tak dinafikan kadang – kadang buah – buahan di pasaraya memang murah tapi korang kena ingat fresh dan elok tak kualitinya? Untuk itu aku recommend korang untuk beli buah dan barang – barang mentah diFruity yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam satu barisan dengan KFC dan sebagainya.





Kenapa aku recommend Fruity? Sebab aku dah pergi ke kedainya dan mencuba sendiri buah – buahan di sana. 100% berkualiti dan sangat fresh. Buktinya aku dah dapatkan jus oren dan jus tembikai, so fresh!




Kena pula aku demam baru – baru ini semua buah dan jus ini sebagai ‘ubat’ untuk dapatkan balik stamina aku.




Selain buah, dekat sini ada juga sayur – sayuran segar serta pelbagai kekacang. Untuk korang yang nak diet, semua bahan boleh dapatkan dekat sini. 




Bukan itu sahaja, korang nak bagi hadiah? Dorang pun boleh buatkan fruit basket dan hantarkan pada yang tersayang! 



Berita baik untuk korang yang ingin dapatkan buah – buahan segar dari Fruity ini. Pada 16 Oktober 2017, pukul 1 HINGGA 2 PETANG, Fruity akan bagi pelbagai barangan percuma.  Bukan itu sahaja, skuad ERA FM pun akan berada disana. Jadi jangan lupa ya! 



Untuk next post, aku akan share resipi gunakan buah – buahan segar dari Fruity pula

Malam Gala VEST 2017 Catat Sejarah Malaysia!

$
0
0
Untuk korang yang mengikuti perkembangan aku, mesti korang ada perasan aku update mengenai VEST yang merupakan singkatan bagi Varsity Entreprenuership Skills & Talent. Dan program ini merupakan program dibawah kelolalaan  KPNDKK dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media 






Top 3 Peserta VEST Hebat - Hebat Belaka! 






Kalau nak tahu, program ini sudah sampai ke kemuncaknya dengan menyaksikan peserta - peserta dari Universiti Teknologi Petronas , Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya melayakkan diri sebagai Top 3 peserta akhir VEST! 




Bayangkan daripada pelbagai universiti yang sertai dan ratusan peserta mereka inilah yang berjaya! Cuba teka siapa yang menang? Haaa keputusannya dalam next entry ya! 


Pembentangan di hadapan VVIP termasuk Perdana Menteri 



Bukan itu sahaja tau, mereka yang layak ke pusingan akhir ini cukup bertuah kerana dapat membuat pembentangan idea bernas mereka di hadapan VVIP seperti Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak, Dato Dr Md Izhar dan Naib Canselor setiap universiti.





 Hebat! Bukan calang - calang orang dapat buat pembentangan di hadapan dorang tau. Satu peluang yang cukup besar bagi aku. Kalaulah aku berdiri dekat situ, kalah pun tak apa janji dah bangga sebab dapat bercakap dan diberi peluang bentangkan idea aku depan 1st person of the country! 


Persembahan artis terkenal





Beruntunglah siapa yang hadir pada malam gala VEST 2017 kerana selain VVIP, ramai artis turut hadir memberi sokongan dan juga membuat persembahan. 





Antaranya seperti Wany Hasrita, Fizo Omar dan isteri, Faizal Ismail dan ramai lagi. Satu malam yang bersejarah buat semua peserta dan mereka yang terlibat sepanjang VEST 2017 berlangsung 


Pemenang Bawa Pulang RM25,000 


Malam gala VEST 2017 juga menyaksikan pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000. Lumayan tuh! Tapi berbaloi lah dengan idea dan usaha yang dikerahkan para peserta VEST ni.




 Korang rasa siapakah di antara ketiga - tiga finalis ini berjaya merebut tempat pertama?Kalau nak tahu, nantikan dalam entry seterusnya. Untuk lagi details boleh rujuk hashtag dibawah 


#vest2017 #vestmalaysia #malamgalavest2017
Viewing all 830 articles
Browse latest View live