Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

DJ Lin Difitnah! Tyzo Sebenarnya Minta Kontrak 6 Bulan Sahaja

$
0
0

Segala jawapan yang dinanti-nantikan daripada Suria FM berkaitan isu melibatkan bekas penyampai mereka, Tyzo berkenaan penamatan kontrak akhirnya terjawab menerusi sebuah sidang media pada petang Jumaat. 


Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata, Tyzo sendiri yang membuat permintaan untuk hanya menyambung enam bulan kontrak.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kontrak itu juga Tyzo sendiri tidak ada usaha untuk berbincang memperbaharuinya sepanjang tempoh enam bulan itu.


Aminuddin berkata, dalam satu pertemuan bersama Tyzo pada Ogos tahun lalu, pihak pengurusan ada memanggil Tyzo untuk berbincang mengenai pembaharuan kontrak selama setahun.

“Saya bersama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin serta wakil daripada ketua kandungan Suria FM, JJ dan wakil jabatan sumber manusia bertemu Tyzo bagi membincangkan pembaharuan kontrak selama setahun bermula Oktober 2023 sehingga Oktober 2024.

“Bagaimanapun ketika kami meminta keputusan itu dibuat, dia minta kontraknya disambung cuma enam bulan. Jadi Saya berpendapat dia sudah mempunyai rancangan tersendiri selain mungkin mendapat tawaran lain selepas memenangi kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada Julai tahun lalu.

Dalam pertemuan itu juga kami ulangi betulkah dia mahu kontraknya disambung selama enam bulan saja dan selepas seminggu kemudian dia sahkan dia mahu kontraknya disambung enam bulan saja.

Jadi secara tidak langsung kontraknya disambung bermula 9 Oktober 2023 sehingga 9 Mac 2024. Di Suria FM setiap pembaharuan kontrak pihak pengurusan akan berbincang dengan saya terlebih dahulu dan saya sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya tanpa membabitkan pihak lain,”katanya.

Menurut Aminuddin, dia meminta perkhidmatan Tyzo ditamatkan lebih awal kerana Suria FM mempunyai perancangan untuk meningkatkan mutu stesen radio itu.

“Disebabkan kita tidak menyambung kontraknya, jadi tidak elok jika dia masih ada kerana kami sudah mengaturkan beberapa perancangan memandangkan bakal menempuh ‘survey’ pada bulan depan.

“Walaupun perkhidmatannya ditamatkan lebih awal, tapi gajinya masih terus dibayar sehingga 9 Mac ini.

“Malah pada hari terakhirnya dia bertugas saya minta untuk dia rakamkan momen terakhirnya tapi dia tidak berbuat demikian, sebaliknya dia ke udara secara langsung,” katanya.

Dalam masa sama, Amiruddin turut mengulas mengenai isu penamatan kontrak Tyzo yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM.

“Video kononnya Tyzo kata dia dianiaya menjadi tular. Ramai yang simpati kepadanya kerana hanya mendengar sebelah pihak.

“Ramai yang kecam dan menuduh ia berpunca daripada DJ Lin. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa.

“Saya harap isu ini ditamatkan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang terus memberi komen yang dianggap fitnah,”tegasnya

Tambah Amiruddin, dia akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku serta berharap segalanya sudah terjawab.

Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir dan mendakwa dirinya dianiaya. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.