Khas untuk korang yang suka makan! Sekarang ini semua cawangan Lulu Hypermarket dan grocer sedang adakan Lulu World Food Festival 2022 season 1 bermula dari 24 Februari hingga 9 Mac 2022. Lulu yang terlibat adalah Lulu Capsquare Kuala Lumpur, Lulu 1Shamelin Mall, Lulu Setia Alam City Mall dan Lulu Amarin Mall Sri Kembangan.
Yang menariknya mengenai promosi kali ini, bukan sahaja banyak produk makanan malah beberapa produk terpilih seperti kelengkapan rumah pun ada. Buat korang yang tak pergi ke mana-mana cawangan Lulu, mesti terkesima dengan pelbagai barangan yang ada. Bagi promosi Lulu World Food Festival ini, ada beberapa tarikan yang tersedia.
Sebagai contoh seleksi makanan Ready To Eat (RTE) yang tersedia seperti Chicken Popcorn, Nasi Goreng Ayam, Nasi Mandy, Karipap Telur dan Ayam serta banyak lagi. Harga pun murah ye!
Aku difahamkan terdapat lebih dari 200 barangan yang berada dalam harga diskaun menanti para pengunjung. Selain itu, kalau korang berbelanja minimum sebanyak RM50 dalam satu resit di bahagian pasaraya, korang akan mendapat RM25 kupon diskaun untuk pembelian seterusnya. Kupon ini sah digunakan pada 22 Februari hingga 20 Mac 2022 dan untuk menggunakannya korang perlu berbelanja minimum RM100.
Bahagian lain pun ada promosi tau seperti bahagian baju, sari, barangan elektronik serta banyak lagi! Pendek kata korang kena pergi dan dapatkan segera barangan promosi ini okay? Beli secara online pun boleh. Untuk maklumat lanjut :
Website :
Facebook Page :
Instagram Link :