Pejam celik dah masuk bulan Februari. So far tahun 2022 korang macam mana? Untuk aku boleh dikatakan Januari agak mencabar terutama dari segi kewangan.
Masuk Tahun Ke-12
Maklumlah awal tahun banyak yang kena bayar lepas itu orang pula hutang sana-sini kita pula yang mengemis! Okay terkongsi masalah peribadi pula. Sebenarnya di kesempatan ini, aku nak mengomel pasal blog ini yang sudah masuk tahun ke-12.
Bekerja sebagai seorang wartawan hiburan ditambah pula buat benda yang sama dengan blog agak mencabar. Selain masa, kandungan pun menjadi masalah untuk aku. Tetapi aku bersyukur sebab pihak editorial tahu aku dikenali ramai sebagai seorang blogger dan aku pun ada cakap dekat diorang macam mana sekalipun aku tak akan tinggalkan blog.
Konsisten Tidak Campur Perihal Hiburan
Dan untuk aku sendiri, selama 5 tahun bergelar wartawan Alhamdulillah aku masih konsisten dan berpendirian teguh untuk tidak masukkan berita mengenai hiburan di dalam blog ini walaupun aku berkemampuan untuk melakukannya dan menaikkan trafik dengan cepat. Bagi aku, editorial sudah meletakkan kepercayaan kepada aku untuk bawa naik portal dan aku hormati mereka.
Namun, aku perlu akui masa untuk berblogging tidak lagi macam dulu agaknya disebabkan itulah jumlah blogger semakin berkurang dan ramai yang mengambil keputusan untuk berehat atau meninggalkan dunia blogging. Yang mana masih kekal tu tahniah buat kita kerana masih kekal relevan cey hahaha!
Aku bercakap ini berdasarkan fakta ya sebab aku sendiri terfikir sejenak ketika client minta aku carikan blogger lelaki. Bila semak balik, hanya tinggal beberapa kerat ya sehingga aku boleh kira siapa sahaja yang ada.
Kagum Dengan Blogger Ini!
Bagi aku sendiri, aku kagum denganSis Lin, Bella Jamal, Bebelan Cik Min, Dikbee, Ayu Rafikah sebab diorang punya kerja sangat pantas lepas itu pageview blog masing-masing pun mencanak. Bukan untuk kipas atau sebaliknya,tetapi aku kagum cara mereka konsisten walaupun ada komitmen masing-masing.
Untuk blog ini, selagi terdaya aku akan teruskan menulis walaupun ada masanya akan berhabuk. Aku harap korang akan terus baca dan sokong ya.
Insyallah dalam masa terdekat aku akan adakan sebuah majlis. Aku akan hantar jemputan kepada yang mana berkenaan yang mana tidak dapat jemputan aku minta maaf sebab tak dapat jemput ramai untuk patuhi SOP. Teruskan berkarya guys!