Siapa yang follow aku punya Twitter mesti tahu, hampir sebulan lebih aku ada masalah tidur. Pernah suatu hari itu, aku tidur hanya selepas Subuh itu pun disebabkan aku paksa dan kebetulan memang dah penat sangat bersengkang mata.
Pengalaman Mencuba Mindful Muslim
Pelbagai tips dah aku cuba, korang cakap je lah diffuser, tak tidur petang semua tak jadi. Hahahaha mungkin sebab overthinking, itu yang jadi susah nak tidur. Sampai lah baru-baru ini, kak Ruby mesej aku tanya berminat tak nak cuba aplikasi Mindful Muslim.
Pada mulanya aku macam teragak-agak nak cuba, sebab yer lah bila orang dah bagi cuba nanti bila nak bagi feedback yang tak bagus risau juga kena kecam balik kan? Tetapi bila aku dah cuba Alhamdulillah sedikit sebanyak memang dapat buatkan aku senang untuk tidur.
Bukan nak overclaim aplikasi ini, tapi dengan fungsi yang ada di dalamnya aku kagum sebab jika dibandingkan dengan beberapa aplikasi islamik yang lain, Mindful Muslim ini jauh lebih unik. Tidak hairan lah aplikasi Mindful Muslim telah diiktiraf dunia.
Bantu Cegah Depression
Ya, selain untuk tujuan kerohanian fokus utama Mindful Muslim ini sebenarnya adalah untuk membantu mencegah masalah mental di kalangan muslim. Aku tahu ada diantara korang yang malu untuk mendedahkannya, malu untuk berjumpa dengan doktor. Jadi dengan adanya aplikasi seumpama ini, mungkin sedikit sebanyak boleh bantu korang.
Sebagai contoh, walaupun aku dah tak bergelar cikgu tapi aku masih berhubung dengan bekas pelajar. Ada diantara mereka yang luahkan masalah dekat aku termasuklah mengalami masalah anxiety dan sebagainya. Jadi aku ada kongsikan aplikasi ini dekat diorang. Hopefully, dapatlah membantu mereka.
Mindful Muslim Aplikasi Percuma
Lagi satu, setelah sekian lama kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan terpaksa duduk di rumah, aku berani cakap ramai juga yang tertekan betul tak? Jadi korang boleh je cuba Mindful Muslim ni lagipun ianya percuma. Tak rugi!
Yang membuatkan aku suka dengan Mindful Muslim ni sebab dia ada fungsi My Sleep Diary. Nak tahu kegunaannya macam mana? Sebagai contoh waktu malam korang teringat sesuatu, tak kisahlah sama ada ianya impian, keinginan, keperluan atau perkara yang ingin dilakukan korang cuma tulis je dekat situ.
Mana tahu bila korang buka balik nanti, nota tersebut akan menjadi rujukan kegunaan korang. Lagi satu, Mindful Muslim ini turut disertakan beberapa kesan bunyi alam seperti bunyi hujan, air terjun, suasana dalam hutan, di desa dan banyak lagi. Fungsi yang ini paling aku suka sebenarnya sebab memenangkan dan dalam masa yang sama buat aku mudah terlelap. Korang bayangkan pasang diffuser dan Mindful Muslim, memang rasa real!
Trivia Mengenai Mindful Muslim
- Dibangunkan oleh seorang jejaka muslim dari Singapura,Mohd Akhtaar Bin Abdul
- Baru berumur 33 tahun
- Sedang menuntut di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.
- Mindful Muslim juara X Challenge Tech Start-Up di New Zealand
- Bakal wujudkan bahagian mesra kanak-kanak di dalam aplikasi ini
- Muat naik secara percuma
- Peneman untuk yang mereka yang mempunyai masalah kesunyian dan tertekan
- Mempunyai pilihan suara alunan mengaji
- Melawan stigma negatif penyakit mental
- Sehingga kini mempunyai lebih dari 50 ribu pengguna
- Rating 4.8 di Google Play
Menarik bukan? Jadi aku harap korang boleh download aplikasi Mindful Muslim ini sebab ianya percuma dan boleh jadi kegunaan korang pada masa akan datang. Nak baca lagi pasal aplikasi ini dan kejayaannya boleh rujuk pautan di bawah.
Download Android:
https://play.google.com/store/apps/detailsid=com.mindfulmuslim
Download for iPhone:
https://apps.apple.com/us/app/mindfulmuslim/id1503293513
Facebook :
Instagram :