Dua tahun lalu, The Saujana Hotel Kuala Lumpur mendapat tempat teratas bagi Senarai Buffet Ramadan Sedap.
Buffet Ramadan Kembali!
Kali ini aku teruja bila dapat tahu diorang masih adakan lagi buffet biarpun setahun 'skip' berikutan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk buffet ramadan 2021, The Saujana Hotel Kuala Lumpur telah memperkenalkan beberapa menu istimewa seperti Kambing Golek,Bubur Lambuk Kerabu Mangga Muda, Kerabu Udang, Gado-gado, Ice Kacang Durian, Bubur Pulut Durian, Tau Fu Fah dan banyak lagi.
Selain itu, menu all time favourite untuk pencinta seafood pun ada, ‘Seafood on Ice’, Fresh Oysters dan Sashimi station. menanti korang.
Untuk harga early bird sebenarnya dah habis tapi jangan risau sebab kalau korang pernah rasa kesedapan di sini mesti korang akan repear macam aku!
Harga Korporat (Minimum 40 pax)
RM150 nett
Dewasa RM160 nett
Kanak-Kanak RM80 nett
Hubungi : 03-7843 1234 ext 6053 o
Email : catering@thesaujana.com
Set Bento Tersedia
Suka dengan makanan jepun dan simple? Jangan risau sebab The Saujana Hotel Kuala Lumpur telah perkenalkan The Buka Puasa Bento set dengan harga RM75 nett. Di dalamnya ada :
- Soft shell crab roll
- assorted seafood in batter
- assorted fresh fish
- grilled mackerel
- japanese salad
- garlic fried rice
- bean & seaweed soup
Untuk dapatkan set ini korang boleh take away, delivery atau pickup sahaja di hotel diorang. Nak dapatkan set ini sila klik pada pautan berikut : https://eboxasia.com/thesaujana/food.php?foodcompany=58