Sejak kebelakangan ini, aku kerap juga nampak kawan-kawan muatnaik gambar diorang makan dan bergambar di sebuah lokasi.
Ruma Puteh Tarik Ramai Pengunjung
Agak menarik sebab sekali imbas macam berada di Santorini, Greece memandangkan terdapat blok blok binaan berwarna putih dan biru. Itulah kafe terbaharu di Kuala Lumpur yang diberi nama Ruma Puteh terletak di Titiwangsa Kuala Lumpur.
Tak terfikir pun nak kesini, tapi sebab kebetulan ada dekat KL dan aku serta kawan-kawan lain pun tak makan lagi, kiteorang buat keputusan untuk brunch di Ruma Puteh walaupun tahu risiko untuk beratur panjang sangat tinggi.
Beratur Panjang Seawal 11 Pagi
Seperti yang dijangka, walaupun baru dibuka pada jam 11 pagi dan kiteorang sampai lebih kurang 11.30 pagi, sudah tertera papan tanda yang tulis 'sudah penuh' dengan pelanggan yang sampai terlebih dahulu dan membuat tempahan awal.
Alang-alang dah sampai dan panas pun mungkin panas pagi, kiteorang sanggup juga beratur demi merasa penangan Ruma Puteh.
Masa menunggu, ada juga krew yang bertanya pada kami dan pelanggan lain untuk tunggu agak sedikit lama dan nasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal. Menjengah ke ruangan Insta-story diorang tertulis pula sudah tidak menerima tempahan memandangkan terdapat banyak tempahan yang ingin dibuat dalam IG diorang.
Aku rasa mungkin tak terima hari tempahan sehari sebelum, so kalau nak senang better korang buat tempahan lagi awal. Kiteorang pun bernasib baik , tak ada la tunggu lama sangat hanya dalam 15-20 minit, dan rezeki dapat tukar meja yang lebih besar dan redup di bawah pokok.
Port Cantik Bergambar Di Ruma Puteh
Melangkah masuk ke tempat ini, agak kagum sebab memang seakan berada di sebuah negara barat apatah lagi tona warna yang digunakan menaikkan seri lagi Ruma Puteh. Di awal pintu gerbang, kelihatan sebuah rumah putih yang kecil untuk digunakan sebagai acara tertutup, yang ini semestinya korang perlu buat tempahan lagi awal.
Bila dah masuk, of course dine-in first then baru lah ambil gambar. Kesian dekat orang yang tunggu nak masuk nanti. Masa aku tengok menu-menu dia nak kata terkejut sangat tak ada lah sangat sebab selalunya kafe-kafe di sekitar KL memang harga mahal kadang ada yang tak masuk akal. Nak tahu menu di Ruma Puteh? Nah aku kongsikan buat korang, jangan terkejut ya sebab itu memang harga nya.
Harga Makanan Di Ruma Puteh
Masa nak order, ada juga menu yang tak ada jadi aku dan kawan-kawan sepakat untuk order Kacang Phool, Lontong Darat, Nasi Rewang, Nasi Kerabu dan Spaghetti Oglio Aglio Prawn. Untuk minuman pula kami order Kopi Susu, Teh Tarik Ais, Beet Booster dan Peppermint Tea.
Ulasan aku? Dari segi rasa makanan aku rasa sekadar biasa sahaja, tak ada sedap sangat dan tak adalah tak sedap sangat. Tapi dari segi minuman, agak mengecewakan sebab air kopi tu aku boleh katakan macam hampir nak buang, tak boleh nak minum sebab rasa kopinya terlalu nipis.
Mujur lah krew mereka datang, dan macam boleh faham situasi kiteorang yang ingin tambahkan sedikit perasa dalam minuman. Siap minta maaf dan sedia menerima penambahbaikan, katanya mereka baru buka dalam masa 2 minggu dan memang menerima kunjungan pelanggan diluar jangkaan.
Disebabkan itulah segala kekurangan, mereka sedia menerimanya untuk memperbaiki khidmat di Ruma Puteh. Dari segi layanan aku bagi 5 bintang!
Tips Untuk Ke Ruma Puteh
- Sila buat tempahan lebih awal
- Kalau nak walk-in sila datang awal pagi, tapi perlu diingatkan mungkin ada menu yang tak ada
- Bila dah masuk, sila pesan makanan terlebih dahulu dan baru ambil gambar di kawasan sekitar.
- Pakai baju warna yang menyerlah, confirm gambar korang akan cantik nanti
- Menurut pekerja di sini, best timing untuk ambil gambar cantik adalah pukul 4 petang ke atas bila matahari mula terbenam
- Parking? Disebabkan Ruma Puteh terletah bersebelahan Istana Budaya, korang kena pandai cari parking. Datang awal pagi, mungkin bernasib baik masih ada tempat untuk parking kereta korang, tapi bayangkan kalau datang waktu petang yang sedia maklum sesak dengan ramai orang yang beriadah di Tasik Titiwangsa.
- Pesan aku, memandangkan korang masih lagi Work From Home, ambil kesempatan ini untuk pergi waktu pagi atau tengahari masa hari bekerja. Much better!
Lokasi Ruma Puteh
60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11 pagi -10 malam (9 malam pesanan ditutup)
Dibuka setiap hari kecuali Isnin