Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

Wrap Kereta Murah? Ini Jumlah Kos Yang Korang Kena Tanggung

$
0
0
Cabaran tulis blog 14 hari aku hampir gagal walaupun baru masuk hari kedua! Sibuk sedikit hari ini (dibaca semalam)  sebab aku baru lepas ambil kereta dan buat sedikit photoshoot. 




Hadiah Hari Jadi 

Kereta baru ke? Tidak. Sebenarnya aku saja nak bagi nafas baru untuk kereta ini walaupun baru setahun ambil. Memandangkan hari jadi pun tak lama lagi, jadi aku jadikan ini sebagai hadiah untuk diri sendiri. 

Sebenarnya aku wrap kereta persona aku dan baru siap. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk kongsikan berapa kos wrap kereta, tempat wrap kereta murah dan berbaloi ke tak wrap kereta? Secara esklusif nya juga ini pertama kali aku bercerita mengenai kereta aku kepada umum.

Tukar Warna Matte Black

Kalau nak tahu, aku pakai Proton Persona Facelift warna Rosewood Maroon. Aku nak warna Ruby Red tapi ada kesilapan teknikal, tak ada rezeki dapatlah warna ini. Cantik juga sebenarnya tapi aku dah nekad untuk jadikannya garang sedikit. 




Aku ada tambah beberapa bahagian kereta ini tapi yang itu aku kongsikan nanti termasuklah void warranty ke kalau ubahsuai kereta. Kali ini lebih kepada pengalaman wrap kereta. Aku ada buat beberapa survey mengenai tempat wrap kereta murah Shah Alam dan kawasan berhampiran. 

Pilih Swagger Garage

Tertarik kepada iklan Swagger Garage sebab ada tawarkan harga wrap hanya RM899. Kalau tengok kawasan pun dia cakap ada cawangan di Shah Alam walaupun hakikatnya kedai diorang sebenarnya terletak di Subang bukanlah Shah Alam seperti yang disangka. 

Sebelum itu, ini bukan artikel berbayar ya tapi lebih kepada perkongsian pengalaman. Jadi aku terus pergi ke sana pada 15 Februari 2021 dan berbincang mengenai warna dan design yang aku inginkan.  Rupa-rupanya jenis wrap kereta ini ada perbezaannya.

Jenis Wrap

Senang cerita dibahagikan kepada dua iaitu murah dan mahal. Yang murah seperti yang dalam iklan, RM899 manakala yang mahal adalah RM1799. Apa bezanya? Kedua-duanya mempunyai warranti setahun tetapi yang murah gam wrap bila dah buka berkemungkinan besar ada kesan pada kereta nanti dan memerlukan kos atau tenaga pula untuk bersihkannya pula. Warna nya pula hanya ada 15. 




Untuk yang mahal, pelekatnya mudah dicuci pendek kata tidaklah berisiko. Malah warna dan jenis kilauan juga pelbagai. Lepas fikir sejenak, aku ambil keputusan untuk ambil yang mahal. Aku sememangnya dah berniat untuk tambah line, dan buang chrome (padam warna besi) pada beberapa bahagian termasuklah grill depan dan tayar. 


Jumlah Kos Wrap

Kalau diikutkan kos semua dalam 3 ribu ye!! Matilanak aku nak bayar sekaligus. Last sekali lepas buat kira-kira dan 'keperluan' aku kongsikan jumlah kos di bawah. 

Wrap premium : RM1799
Chrome delete (Grill, proton wording) : RM250 
Line : RM250 
Simen : RM400 
Total kos : RM2700 (tak tau apa lagi balance yang aku buat tapi memang aku bayar RM2700. Harga asal RM2749 tapi aku minta kurang)


Kalau diikutkan simen tu tak perlu pun kalau kereta korang tak ada kesan stone chip, kemek atau calar teruk. Tetapi kereta aku ada kesan stone chip, bonet ada lubang kesan tukar bumper dan juga calar sedikit, terpaksa keluarkan duit juga untuk buat. 

Dorang cakap untuk kereta aku memang kena buat kalau tak nanti akan ada kesan gelembung sebagainya dan diorang pun tak nak ambil risiko buat. Tak tahulah betul ke tak, tak betul kita jumpa di akhirat. LOL!

Selepas wrap yang aku boleh cakap? Memang nampak cantik dan senang untuk cuci. Cuma kalau ada habuk korang kena rajin lap sedikit sebab senang lekat berbanding cat asal kadang ada habuk pun tak perasan.






Mengenai kedai ni, aku ada sedikit kecewa sebab ada beberapa bahagian yang aku rasa kurang kemas sebab ada yang terbuka sedikit tapi yang lain overall semua okay. Aku tak risau sangat sebab diorang cakap warranty setahun so kalau apa-apa boleh je ke sana dan dorang betulkan balik.

Aku je lah macam malas nak pergi sana sebab jauh tengoklah nanti hahaha. Kalau dah betulkan nanti aku kongsikan. Incase korang ada apa-apa nak tanya, boleh je ajukan soalan dekat aku. 







Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


EASY COME, EASY GO


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you