Aku percaya,ramai di antara kita sedia maklum sejak Mac lalu yang mana perintah PKP dilaksanakan, kebanyakan peniaga turut terkesan dan pusat membeli-belah pula lenggang tanpa pengunjung disebabkan orang takut untuk keluar dan dijangkiti wabak COVID-19.
Disebabkan itu, pusat membeli-belah CITTA Mall tampil dengan satu inisiatif yang sememangnya sangat berguna untuk semua pihak bagi peniaga ataupun pembeli. Sebabnya diorang sekarang telah perkenalkan perkhidmatan myCITTA.
myCITTA ini merupakan platform yang mana korang sebagai pelanggan mahupun pengunjung boleh dapatkan info dan juga pesan makanan yang ada di CITTA mall menerusi laman web www.citta.com.my.
Mesti korang terfikir, alah boleh je order dekat aplikasi lain bagai kan? Tetapi perlu ingat dekat situ korang boleh order satu outlet saja tau! Tak macam myCITTA sebabnya korang order lah dekat kedai-kedai yang ada dalam ni, caj penghantaran dorang cuma kenakan sekali je!
Sebagai contoh, korang nak makan A&W tetapi dalam masa yang sama teringin nak makan laksa di Jom Laksa. Korang order dua-dua ini dalam myCITTA tetapi caj penghantaran hanya sekali. Best bukan?
Dengan order menerusi myCITTA, bukan sahaja menyenangkan korang, tetapi dapat bantu peniaga dan pengusaha restoran yang terlibat.
Ikut pengalaman aku baru-baru ini, untuk pengguna kali pertama yang menggunakan myCITTA akan dapat diskaun RM5. Sebenarnya aku agak terkejut sebab banyak restoran yang ada di CITTA Mall dan sedap belaka!
Aku sempat pergi ke Para Thai, Majapahit dan juga Deli Wau! Nak makan makanan asli Thai, yang selesa dan juga sedap belaka, aku syorkan pergi Para Thai!
Aku suka giler Nasi Goreng Nenas, Tom Yum dan Som Tam, memang sedap! 5/5 Bintang!
Nak makanan Indonesia? Jom ke Gajah Mada by The Majapahit! Kalau nak tahu ini sebenarnya restoran kegemaran aku sebab makanan dekat sini pun sedap. Selalu aku pergi ke Mont Kiara, tapi ni dah tahu ada dekat CITTA Mall, bolehlah order atau makan dekat sini.
Menariknya lagi Majapahit berkongsi dengan empat buah restoran lain di dalamnya sampai je di hadapan, korang boleh buat pilihan ikut tekak masing-masing.
Last but not least, aku nak syorkan korang makan di Deli Wau. Siapa yang tekak melayu, sila order nasi kerabu, nasi goreng butter chicken dia, Sedap weh! Even aku bungkus bawa balik, rasa dia pun masih sedap.
So dah tahu nak makan mana kan? Ayuh order atau pergi sahaja ke CITTA Mall!