Agak cliche kalau aku cakap hotel selesa dan seangkatannya. Nama pun hotel, of course akan bagi yang terbaik bukan?
Tetapi untuk perkongsian kali ini, jujur aku cakap hotel ini sememangnya cantik, selesa dan sangat sesuai untuk korang yang ada keluarga dan datang beramai-ramai.
Puas Hati Dengan Tanjung Point Residences
Untuk korang yang tidak tahu, bulan lepas aku dan kawan-kawan pengamal media sosial yang lain (izinkan kita guna ayat portal sebentar LOL) telah ke Penang. Saja for fun since tak ada ke mana tahun ini so we decide untuk pergi ke Penang lalu menginap di Tanjung Point Residence yang terletak di Tanjung Bungah.
Masa mula-mula sampai aku tak ada lah nak teruja sangat sebab penat drive, tetapi sekali buka pintu, OMG!!!! Seriouslah cantik gilos Tanjung Point Residences ni. Siapa yang datang ke Penang, especially ramai-ramai sila stay sini okay!
Segalanya Lengkap!
Dilengkapi 3 buah bilik dengan setiap daripadanya mempunyai tandas, hotel dan residences ini fully berhawa dingin dan turut mempunyai kipas.
Seperti sebuah rumah yang lengkap, perkakas turut disediakan sekiranya korang ingin masak, mesin basuh pun ada pendek kata semuanya lengkap! By the way, hotel ini ada 3 jenis - Studio Apartment (2pax), 2-Bedroom Apartment (3-4pax), dan 3-Bedroom Apartment (5-6pax).
Bukan itu sahaja, view dia fuhh superb! Sebab berhadapan dengan laut. Kemudahan di sini, di bahagian bawah ada kolam renang dan turut mempunyai kedai serbaneka Mynews sekiranya korang nak beli something.
Nak dijadikan cerita diorang semua turun ke bawah untuk mandi kolam, aku pula sangkut dekat atas sebab tertinggal card. Penyudahnya aku terlelap layan bayu laut. Sangat best!
Dekat Dengan Tempat Menarik
Hotel ini pula memang dekat dengan semua tempat-tempat menarik di Penang especially port makan di Pasembor Padang Brown dan banyak lagi.
Biarpun sekarang beberapa buah negeri tengah ada PKPB, once dibenarkan rentas negeri nanti korang jangan lupa ke Penang dan stay di sini okay! Sangat disyorkan! Aku kalau datang Penang lagi, dah tahu lepas ni nak stay dekat mana.
Untuk lagi info sila klik sini ---> Tanjung Point Residences