Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

Mudahnya Beli Makanan Di Bazar Ramadan PLATS

$
0
0
Sejak mula berpuasa pada seminggu yang lalu, aku teruja dengan pembukaan platform secara atas talian khas buat jualan e-Bazar Ramadan yang dibangunkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). 



Platform ini diwujudkan sejurus daripada arahan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak sebulan yang lalu berikutan penularan wabak COVID-19.

Bagusnya platfom yang dikenali sebagai PLATS ini, bukan sahaja masyarakat di negeri Selangor mendapat pelbagai kebaikan, malah para peniaga yang risau akan terjejas pendapatan mereka turut diutamakan. Berikut aku senaraikan kebaikan PLATS kepada kita sebagai pembeli dan mereka diluar sana sebagai seorang peniaga. 


Kebaikan PLATS Kepada Pembeli 

  • Keselamatan terjamin
  • Dapat mengurangkan risiko daripada terdedah pada wabak COVID-19
  • Menjimatkan masa 
  • Pilihan di hujung jari 
  • Lebih fleksible 
  • Tidak perlu bersesak dengan orang ramai 
  • Boleh membuat pilihan awal dengan menyemak senarai menu dan pilihan gerai dan restoran berdaftar di PLATS 
Kebaikan PLATS Kepada Peniaga 
  • Urus niaga dalam bulan Ramadan dapat diteruskan seperti sedia kala 
  • Tidak perlu risau dengan ketiadaan tapak untuk berniaga 
  • Kos Pinjaman 0% 
  • Dapat membuat persediaan awal dengan tempahan yang dibuat oleh pelanggan 
  • Belajar dengan lebih mendalam mengenai urus naiga dalam talian dan banyak lagi! 




Senarai Menu Dalam PLATS 

Kalau nak tahu E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Difahamkan sejak 30 April 2020, PLATS sudah mula beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang.



Pengumuman akan dibuat apabila PLATS beroperasi di lokasi-lokasi lain yang masih mempunyai baki lagi 6 lokasi lain. 

Nak tahu antara menu makanan yang ada di dalam PLATS? Banyak tau antaranya seperti 
  • Aneka kuih - Onde-onde, karipap, seri muka, murtabak dan lain-lain
  • Kambing Bakar
  • Cendol
  • Nasi Kari Kambing
  • Nasi Ambeng
  • Jus Kedondong Asam Boi 
  • Roti Jala 
  • Bubur Jagung 
  • Bubur Chacha dan banyak lagi! 







Aku dah guna PLATS baru-baru ini. Memang mudah! Cuma pesan, bayar dan tunggu makanan sampai di hadapan pintu rumah. Perkhidmatan perkhidmatan yang digunakan? Selamat ke tidak? Ini pengalaman aku sendiri. 

Untuk PLATS, MBI telah menggunakan khidmat  rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy Zepto Express dan MatDespatch mengikut lokasi yang tertera. 



Mengenai keselamatan pula, korang jangan risau kerana MBI telah mengutamakan SOP keselamatan. Korang boleh tengok poster di bawah termasuk mengenai cara pembayaran menerusi PLAT ataupun Grab. Mudah sangat! 







Perlu diingatkan pesanan boleh dibuat melalui laman web PLATS bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 petang dan penghantaran pula akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. 



Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai PLATS atau ingin menempah juadah berbuka jangan lupa layari  https://www.plats.com.my/ 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

Trending Articles


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


EASY COME, EASY GO


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE