Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 829

Resort Cantik Di Terengganu : Terrapuri Heritage Village

$
0
0
Bercakap mengenai Terengganu, negeri ini antara salah satu yang sentiasa mendapat tempat dalam hati aku. Sejak 7 tahun yang lalu, sekurang-kurangnya setahun sekali akan menjejakkan kaki ke Negeri Cantik Budaya Menarik ini. 




Dalam kebanyakan tarikan yang ada di Terengganu, hati aku sentiasa tertarik pada Terrapuri Heritage Village yang terletak di daerah Setiu. Masih segar dalam ingatan aku pertama kali ke sini  beberapa tahun sebelum ini.

Terrapuri Yang Menenangkan 



Seni bina yang menarik, kawasan pemandangan yang cukup cantik sudah memadai jadi selling point bagi Terrapuri.Baru-baru ini pula, aku sekali lagi berkesempatan untuk mengunjungi resort yang penuh dengan kisahnya tersendiri. 





Sebelum aku kongsikan apa yang ada, kalau nak tahu Terrapuri bermaksud ' Tanah Raja ' yang mana 'rumah- rumah' di dalamnya diambil di serata Terengganu seperti Jeram Tepoh, pulau Bahagia, Pulau Duyong, Losong, Pulau Manis, Gelugor Raja, Seberang Takir, Binjai Rendah dan Kedai Buluh.  

Tersimpan 29 Biji Rumah Bersejarah 



Sebagai info, di dalam Terrapuri terdapat 29 biji rumah yang mempunyai sejarah dan asal usulnya tersendiri. Macam aku berpeluang untuk menginap di rumah seorang saudagar perahu besar dahulu kala, Rumah Tasek.

Percaya atau tidak, kesemua rumah-rumah ini adalah 100% asli dari yang asal dan dipasang semula.Apa yang menarik disini? 



Selain dekor dalam nya yang cukup unik dan menenangkan, Terrapuri juga mempunyai sebuah kolam renang yang mempunyai pemandangan yang cukup klasik. Nak terapi? Dapatkan sahaja khidmat spa dari mereka! 







Walaupun jauh dari bandar, dekat sini segala-galanya ada. Aku cadangkan korang sewa basikal dari Terrapuri dan berjalan -jalan ke sekitar kampung mahupun tepi pantai. Sangat menenangkan. 





Harga Penginapan Di Terrapuri 

Kalau tak mahu menginap pun tak apa, korang boleh je datang ke sini dan bergambar sepuas-puasnya. Terrapuri really Insta-Friendly! Hanya RM22 korang boleh begambar disini bersama dengan pakej jamuan ringan. 

Untuk penginapan pula, harga bermula RM429 untuk satu malam. Jika ditanya aku berbaloi atau tidak, jawapan aku adalah YA dan sekali seumur hidup korang haruslah menginap disini! 

Untuk tempatahan dan maklumat lanjut korang boleh refer di bawah : 


Terrapuri Heritage Village
Kg.Mangkuk, 22120 Setiu
Terengganu, Malaysia
Tel: +609-624 5020 / +609-631 2081 / 
Emergency (Ms.Maslina) : +6012-988 8399
Fax: +609-622 8093
Email: info@terrapuri.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 829

Trending Articles


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


EASY COME, EASY GO


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!