Baru-baru ini aku ada terbaca di sebuah forum yang mengatakan bahawa terdapat salah sebuah hotel terkemuka di Putrajaya berhantu! Biar betul weh!
Nak dijadikan cerita aku kebetulan check-in dekat Le Meridien Putrajaya. Fuhh nebes pula bila tak tahu hotel mana yang dorang cakap berhantu. So masa tempoh hari aku sendiri menginap di sana selama 2 Hari 1 Malam. So malam tu aku kena ganggu tak? Betul ke berhantu? Jawapannya...
Pengalaman Menginap Di Le Meridien Putrajaya
TAK! LOL siapa yang cakap Le Meridien Putrajaya ini berhantu korang ni pandai-pandai je. Pendek cerita korang pergi je lah mana-mana sekali pun kalau dia nak ganggu, korang tetap akan juga kena. So berbalik pada Le Meridien Putrajaya, aku nak kongsikan sedikit pengalaman menginap di hotel 5 bintang ini.
Pelbagai Kemudahan
Bagi aku Le Meridien Putrajaya benar-benar strategik! Baik dari segi lokasi, kemudahan dan keselesaannya.Rasanya ramai sudah sedia maklum bahawa Le Meridien ini terletak bersebelahan dan saling berhubung dengan IOI Putrajaya. So nak shopping? nak tengok wayang tengah malam? Tak payah risau weh sebab alang-alang korang dah check in dekat sini, anytime je boleh pergi ke mall ini.
District 21 Salah Satu Tarikan
Kalau nak tahu kebanyakan pengunjung akan menginap disini kerana mudah untuk berurusan dengan pusat pentadbiran di Putrajaya malah ramai kenamaan akan turut menginap disini. Selain itu, disebabkan salah satu tarikan di IOI Mall sendiri iaitu indoor extreme park - District 21 membuatkan ramai memilih hotel ini sebagai lokasi penginapan mereka.
Bilik Dilengkapi Le Meridien Bed
Bercakap mengenai kemudahan lain di Le Meridien Putrajaya, diorang ada 353 bilik yang stylish yang mana setiap bilik dilengkapi dengan Le Meridien Bed . Serius cakap aku sangat particular pasal bantal dan katil, so this one aku bagi 5 bintang untuk keselesaan sesuai dengan taraf hotel ini. Malah view juga memperlihatkan city atau garden view tau. Macam bilik aku, menghadap garden view sekali imbas macam lukisan pula .
Selain mempunyai kemudahan kolam renang, akses gym 24 jam. Le Meridien Putrajaya juga sering kali menjadi pilihan 'business trip' dan tidak hairanlah hotel ini menyediakan 15 bilik mensyuarat. Tempoh hari masa aku check -in ternampak Menteri Belia & Sukan , YB Syed Saddiq datang lunch dan sini dan turut menyapa beberapa orang staff disini. Agaknya sebab dah sering kesini menyebabkan beliau mengenali mereka.
Makanan Sedap-Sedap Belaka!
Makanan pula macam mana? Okay ke tak? Jujur aku cakap kalau menjelang Ramadan, aku suka ke sini sebab mempunyai banyak pilihan terutama Seafood. So baru-baru ini aku kesini and guess what? Suasana dia hampir sama waktu Ramadan!
Banyak gila choice makanan weh and sedap-sedap belaka. Malah aku turut sempat lunch Chinese cuisine di restoran Le Mei , salah satu restoran yang ada dekat sini. Yang itu aku akan kongsikan dalam next artikel termasuklah pengalaman pertama kali mencuba salted egg ice-cream!
Overall aku memang highly recommend pada korang yang pentingkan keselesaan yang maksimum untuk stay di Le Méridien. Namakan saja apa sahaja disini, segalanya premium dan dijaga rapi. Biarpun harga agak sedikit mahal, namun why not untuk selesa kan?
Untuk tempahan korang boleh hubungi atau ke laman web mereka ya!
tel : 06 8689 6888
Web : www.lemeridien.com/putrajaya