Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 829

D’Warees Resipi - Restoran Kari Kepala Ikan Sedap Di Shah Alam

$
0
0

Shah Alam sebenarnya boleh dikatakan sebagai syurga buat pencinta makanan. Pelbagai restoran dan kafe menjadi pilihan pengunjung. Tapi buat warga Shah Alam sendiri macam aku, of course nasi campur menjadi pilihan utama especially waktu lunch hour. 



D'Warees Resipi- Gerai Biasa, Lauk Rasa Luar Biasa 


Sebenarnya aku tak expect restoran yang berkonsepkan warung ini  diiktiraf sebagai lokasi kari kepala ikan sedap di Shah Alam. Manakan tidak, selama ini,  D’Warees resipi ini memang gerai pilihan aku untuk makan sebab lokasinya yang berhampiran rumah.



 Setiap kali pergi, tak pernah tak penuh ya gerai ini ada sahaja pelbagai jenis golongan datang makan ataupun membeli lauk pauk. 



D’Warees resipi ini sebenarnya telah memulakan perniagaan mereka sekitar tahun 2017. Sebagai permulaan, pemilik gerai ini yang juga pasangan suami isteri memulakan perniagaan mereka dengan menumpang penyewa gerai sebelum ini.  Dengan hanya menjual ikan bakar, ABC , Cendol dan kuih-muih siapa sangka gerai ini pada April 2018 telah menjadi milik mereka selepas penyewa asal telah berpindah ke sebuah lokasi lain. 

Kari Kepala Ikan Kaw! 



Apa yang menjadi tarikan utama disini? Of course lah mereka punya kari kepala ikan! Menurut mereka, resipi kari tersebut merupakan gabungan dan olahan dari kedua-dua belah keluarga sehingga menjadi permintaan yang cukup mengalakkan dari pengunjung. 



Korang bayangkan setiap hari gerai ini mampu menjual 50 hingga 70 ketul kepala ikan yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis ikan seperti ikan merah, jenahak, kerapu, tenggiri, mayong dan banyak lagi. Harga nya pula bermula dari RM25 hingga RM100 mengikut jenis dan saiz. Dikatakan, rekod kepala ikan terbesar pernah mereka sediakan adalah seberat 7KG! 

Ikan Diambil Segar Setiap Hari 

Selama aku ke sini, jujur aku cakap meskipun  aku tak makan ikan, tapi kuah dia memang jadi pilihan aku. Cukup rasa, cukup padu! 





Tidak hairanlah ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak  pekena kari kepala ikan D’Warees. Sampai ada yang sanggup check in hotel untuk merasa kari mereka yang cukup terkenal. Aku difahaman ikan-ikan tersebut sememangnya dibeli segar setiap hari seawal jam 4 pagi di pasar borong.

Selebriti Turut Turun Padang 

Selebriti dan orang kenamaan? Ramai yang pernah makan disini antaranya seperti Jaafar Onn, Wan Maimunah dan ramai lagi termasuklah yang terbaru pelawak Zizan Razak yang berkesempatan untuk singgah makan disini.



Selain dari kari kepala ikan, pelbagai lauk-pauk turut disediakan seperi kari kambing , masak lemak nangka, Kurma Daging, Ayam Berempah dan banyak lagi. 






Untuk korang yang nak makan dekat sini, dinasihatkan datang awal sebab kepala ikan sentiasa mendapat permintaan dan kadang-kadang habis dijual dalam masa singkat. Aku memang highly recommend gerai ini! Tak sedap bagitau aku ya sebab so far ini kari melayu paling power pernah aku jumpa 


D’Warees Resipi 

Waktu Operasi : Bermula 6.30 pagi hingga 4.30 petang 
Ditutup Setiap Hari Ahad 

Lokasi : Batu 3, Shah Alam 

Waze : D’Warees Resipi


Nombor telefon : 017-324 2140  / 017 – 366 3987 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 829

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.