Kalau nak cakap pasal Lulu Hypermarket yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, memang satu benda je aku boleh cakap, MURAH!. Disebabkan jauh je aku jarang ke sini, kalau tak memang setiap minggu inilah tempat aku akan habiskan masa.
Promosi Cashback Bermula
Kali ini, Lulu bawakan satu lagi promosi menarik serentak dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada bulan ini. Korang bayangkan, Lulu sememangnya murah, lepastu time nak bayar dorang akan pulangan balik duit korang separuh harga! Tak ke gila? Promosi Cashback ini telah pun bermula sampai lah hujung bulan ini.
Bahagian Promosi
Namun begitu, ada syarat tertentu untuk korang dapatkan kembali cashback separuh harga ini. Sebabnya ianya tertakluk pada beberapa bahagian iaitu bahagian fesyen untuk lelaki dan wanita termasuklah kasut, beg tangan wanita. Menariknya lagi baju tradisional kaum India seperti sari dan churidar juga termasuk dalam promosi tau!
Jenama-jenama terkenal pun kalau korang nak tahu tertakluk dalam promosi ini antaranya seperti Bata, Reebok, New Balance, Skechers, Atlanta, Kronos, Kent & Crew, Valino, Marco Donateli, De Backers, Allen Solly, Louis Philippe, Puppet, Cortigiani, Louis Philippe, Tag Rider dan banyak lagi! Nak sebut satu persatu memang tak habis ya.
*baju-baju ni semua dalam promosi tau! mix - and match je. Percaya tak?
Syarat Cashback
Syaratnya apa pula? Haa make sure barang-barang yang dibeli itu melebihi RM100 ya untuk dapatkan balik voucher RM50 yang korang boleh tebus balik beli barang dalam kategori yang sama. Promosi ini hanya berlangsung sekarang hingga 24 MAC SAHAJA ya!
Pelbagai Promosi
Selain daripada kelengkapan di atas, dekat Lulu ini semua benda ada. Cakap je nak apa? Barangan eletronik, barangan runcit semuanya ada ya! Manisan antarabangsa seperti dari Negara timur tengah pun ada yang penting segalanya murah tau.
Setiap kali ke Lulu, aku akan make sure ke setiap bahagian untuk tengok dan beli apa yang murah. Macam baru ini aku beli dekat lebih 25 jenis barang dan harga keseluruhan cuma RM170+ ya! Murah kan?
Aku harap sangat Lulu ini akan buka satu lagi cawangan dekat area Shah Alam atau berdekatan. Senang sikit nak shopping! LOL.
So jangan lupa ya tarikh last promosi tu, nanti melepas tidak pasal rugi hehee
Laman web : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermarketkl