Pada Disember 2018 yang lalu, aku berkesempatan untuk berkunjung ke Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja menerusi Media Digital FAM Trip For Southeast Asia yang dianjurkan oleh Ministry of Tourism of Republic of Indonesia selama 5 Hari 4 Malam.
Kali Kedua Berkunjung Ke Jogja
Untuk pengetahuan korang ini adalah kali kedua aku ke Jogja. Meskipun kali kedua, ternyata pengalaman yang dapat cukup berbeza malah ada diantara tempat menarik kali ini baru pertama kali aku terokai. Jadi untuk korang yang ingin ke Jogja, nah aku bawakan 12 tempat menarik di Jogja yang mesti korang letakkan dalam list wajib kunjungi.
1. Candi Prambanan
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Candi Prambanan agak kagum sebenarnya. Manakan tidak terdapat beberapa candi gergasi yang masih utuh, tegak berdiri.
Malah suka untuk aku cakap dekat sini terdapat beberapa sudut untuk korang bergambar. Serius cantik! Untuk masuk ke sini harga nya adalah 520,000 IDR pakej bersama Borobudur (RM150++)
2. Goa Pindul
Dulu masa aku ke sini, agak ramai sebenarnya pengunjung yang datang terutamanya pelancong dari Malaysia. Kali ini, cukup puas! Korang akan menerokai sungai semulajadi yang ada di dalam Goa Pindul dengan menaiki pelampung yang disediakan. Malah untuk ke sini, korang akan menaiki trak pikap beramai-ramai sebelum menyelusuri sungai di situ.
Harga : 150,000 IDR pakej termasuk sewa pelampung dan jaket keselamatan (RM30)
3. Pantai Timang
Tempat wajib pelancong dari Malaysia apabila datang ke Jogja sehingga Pantai Timang digelar penduduk setempat sebagai Pantai Malaysia. Manakan tidak, dekat sini terdapat sebuah gondola yang berusia 21 tahun masih berfungsi sehingga ke hari ini yang menjadi ikon Pantai Timang.
Dulu masa aku ke sini, hanya bergambar dari depan dan nikmati santapan Lobster berhampiran. Kali ini aku berkesempatan untuk naik gondola itu. Gayat sebenarnya tetapi gayat itu sementara je sebab perjalanan Gondola itu hanya mengambil masa lebih kurang dua minit macam itu.
Sewa Jeep : 350, 000 IDR untuk 4 orang termasuk pemandu (RM95++)
Gondola : 200,000 IDR seorang (RM60)
Titi Gantung : 150,000 IDR seorang (RM35+)
4. Kraton Sultan Yogya
Sebenarnya aku tak tahu Jogja masih ada Sultan sehingga ke hari ini. Suka untuk aku letakkan Istana Sultan atau Kraton Sultan Yogra sebagai lokasi yang korang wajib kunjungi kerana istana ini dibuka kepada pengunjung meskipun ianya merupakan kediaman rasmi kerabat diraja. Di dalamnya terdapat beberapa barang warisan Sultan yang dipamerkan untuk tatapan umum.
Waktu Operasi : jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu yang ditutup pada jam 11 pagi.
Tiket masuk : 100,000 IDR (RM30)
5. Taman Sari
Jalan kaki sikit di hadapan Kraton, terdapat sebuah lokasi popular yang dikenali sebagai Taman Sari atau Istana Air . Ini kali kedua aku kesini dan kali ini ramai gila pengunjung sampai tak ada port nak bergambar. Mujur kali pertama datang orang tak begitu ramai. Kalau nak tahu di dalam taman sari ini terdapat sebuah masjid bawah tanah yang cukup unik!
One thing korang kena tahu, dekat sini terdapat kampung cyber lebih kurang macam itu. Landskap dia cukup menarik tetapi awas jangan ambil gambar sebarangan nanti penduduk disitu akan minta bayaran dekat korang memandangkan lokasi ini sudah popular dengan pelancong.
Tiket masuk : 15,000 (RM4++)
Tak Jogja lah kalau korang tak datang ke Candi Borobudur. Meskipun tiket masuk agak mahal bagi pelancong luar tetapi bagi aku agak berbaloi untuk melihat sendiri candi yang terkenal di dunia ini.
Di sini, korang ada dua pilihan, sama ada nak layan sunrise atau datang pada waktu biasa. Macam aku dua-dua pilihan dah rasa dan sedikit terkilan masa sunrise tempoh hari kerana kabus agak tebal. Apa pun puas hati sebab tak ramai orang pada waktu pagi dan tak panas sangat, so boleh bergambar sebanyak mungkin.
Harga Tiket masuk : 520,000 IDR pakej bersama Prambanan (RM150++)
Pakej ‘Sunrise’ : 450,000 IDR percuma snek pagi, lampu suluh atau boleh ditukar dengan skarf (RM120++)
Kalau siapa yang follow filem Ada Apa Dengan Cinta mesti tau pasal bangunan yang berbentuk ayam ini. Kalau nak ianya sebenarnya merupakan sebuah gereja lama namun kini dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang cukup terkenal.
Harga Tiket masuk : 30,000 IDR percuma snek (RM10)
8. Gunung Merapi
Juga antara lokasi wajib korang kunjungi! Merapi menjanjikan korang pelbagai tarikan. Serius aku suka gila datang ke sini. Bukan sahaja menghayati kembali tragedi pada 2010, malah keunikan dia memang tak ada dekat tempat lain. Paling aku suka naik Jeep offroad menyeberangi sungai. Fuhhh the best!
Tiket masuk : 450,000 untuk sebuah jeep (RM120++)
Nak cari souvenir? Sila shopping dekat Malioboro! Sebabnya dekat sini banyak gila souvenir dan barang-barang untuk korang shopping dengan harga gila murah. Baju batik? Sini serendah RM7 je !
10. Kasongan Keramik
Ini mungkinlah cliche sebab dekat Malaysia pun ada. Tapi why not kan? Dekat sini korang berpeluang untuk membuat pasu mahupun mana-mana kraf tanah liat sendiri. Yang bestnya lagi boleh bawa balik sebagai ole-ole. Yeay!
Okay itu sahaja perkongsian kali ini! Akan datang aku akan senaraikan hotel pilihan aku di Jogya ya!
Media Digital FAMTrip For Southeast Asia dibawakan khas oleh Ministry of Tourism Republic of Indonesia .