Untuk korang yang tidak kisah dengan harga dan ingin mencari lokasi buffet ramadan terbaik di Kuala Lumpur, ingin aku perkenalkan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berbuka puasa tahun ini.
‘Ramadhan Chefs Out’ Untuk Penggemar Makanan Laut
Untuk anda yang sukakan makanan laut, sila beri perhatian kerana selain dari sajian melayu, hotel ini dengan bangganya telah memperkenalkan ‘Ramadhan Chefs Out’ , makanan laut yang disajikan terus untuk korang di atas meja. Pendek kata ala-ala Shell out gitu!
Lebih Dari 300 Menu Tersedia
Bukan itu sahaja, apa yang aku suka makan dekat sini adalah kerana korang bakal menikmati lebih daripada 300 sajian dari masakan tradisional Melayu, kegemaran tempatan dan juga hidangan antarabangsa.
Antaranya seperti Ayam Panggang Perchik Ala Kelantan Essence (Chicken Perchik), Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu (Lembu Rib Stew) dan Asam Pedas Special (Ikan Asam) dan dari hidangan bufet sepanjang 120 meter.
Kambing Bakar Juga Ada!
Tak lengkap kalau sesuatu tempat itu di bulan ramadan ini kalau tak sediakan juadah kambing bakar bukan? Benar, disini juga ada tau dan disediakan istimewa bersama nasi mandi dan stesen memasak secara langsung (live cooking) yang memaparkan Ikan Bakar, Satay dengan kuah kacang dan banyak sangat! 300 lebih ye!
f
Harga Berbuka Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Nak makan disini? Tempah segera sehingga 12 Jun 2018. Untuk dewasa harganya adalah RM 158 nettdan kanak-kanak dari umur 9-12 tahun boleh menikmati diskaun 50%.
Telefon: 03 2717 9933
Email : Essence.Venue@sheraton.com