Bila diajak makan ke sini, mula terfikir boleh masuk ke makanan Turki ni, takut manis , takut pedas sangat dan tak selera dengan tekak. Bila first bite je makan makanan asli Turkini fuhhh bertambah weh
Itulah dia penangan dari Restoran Alaturka Turkish Cuisine yang menyediakan makanan Turki yang sedap dan asli. Restoran makanan Turki ini terletak di Vista Alam Service Apartment, Seksyen 14 Shah Alam
Daripada ruang makan sehinggalah ke dapur , aku dan MahaMahu sempat terjah dan berjaya menjumpai rahsia keenakan sajian Turki ni . Rupa – rupanya hampir keseluruhan menu yang ada di Restoran Alaturka Turkish Cuisine ini menggunakan dapur kayu arang. No wonder every bite is so delicious
Korang pun tahu kan , keenakan dan aroma dari dapur kayu arang ini sangat berbeza. Orang cakap nak tahu keaslian sesuatu makanan try lah gunakan dapur kayu arang.Khabarnya dapur kayu arang ini diimport khas bagi memastikan kualiti makanan disini terjaga
Bercakap mengenai Restoran Alaturka Turkish Cuisine ni, mesti korang tertanya apakah maksud Alaturka ni kan? Menurut owner restoran ini, Alaturka dalam bahasa Turki bermaksud Ala Carte .
Walaupun makanan dihidangkan secara ala – carte namun restoran ini sentiasa bersedia menerima tempahan untuk sebarang majlis dan korang boleh buat sebarang majlis disini tau
Kalau korang datang ke sini senang je sebab ada kemudahan banyak sangat. Selain berada di kawasan resident, kemudahan parking yang banyak , berhadapan dengan DEMC Shah Alam, restoran ini juga berada berhampiran dengan beberapa tempat menarik di Shah Alam. So bila korang berada di seksyen 14 Shah Alam, apa kata singgah makan di Restoran Alaturka Turkish Cuisine
Okay daripada tadi cakap pasal restoran , meh kita cakap pasal makanan dekat sini pula. Untuk malam tu, kiteorang order berdasarkan dari recommendation owner restoran ini. So untuk sajian malam tu, kiteorang makan Chicken Shish with Pillav Rice, barbeque pizza, kavurma , Iskander Lamb dan Lamb Samsun with Cheesee Pides
Chicken Shish with Pillav Rice ni sedap! Menggunakan beras basmathi, makan nasi saja pun dah sedap apatah lagi makan dengan Chicken Shish ala - ala kebab ni haa.
Sebelum makan barbeque pizza ni, aku macam agak doh dia mesti keras. Tapi serious cakap doh dia sedap weh kena pula sos dia memang ngam. Berselera aku makan. Bukan satu pizza ya tapi 3 keping pizza aku hentam sebab sedap punya pasal
Dah makan pizza, aku cuba Kavurma dan Iskander Lamb pula. Kalau nak tahu , Kavurma ni dan Iskander Lamb ini dimakan dengan kepingan roti khas bersama – sama dengan daging yang dimasak menggunakan rempah khas mereka. Untuk pengetahuan korang, aku tak makan kambing sebab tak tahan dengan bau dia
Bila dah makan makanan dari Restoran Alaturka Turkish Cuisine yang rata – ratanya menggunakan daging kambing, tak terasa pun hamis kambing.
Bila dah makan baru dorang bagitau yang tu sebenarnya kambing. Dah la sedap pastu kualiti pun best
Next kiteorang makan Lamb Samsun with Cheese Pides. Untuk yang ini disebabkan owner cakap rasanya unik, kiteorang pergi lah ke dapur tengok cara penyediannya. Memang unik! No wonder sedap.
Pides ni ada 5 jenis tau so korang boleh pilih mengikut selera korang masing – masing.
Dekat sini, segala menu hanya akan disediakan bila ada permintaan sahaja. Everything is fresh baked !
Bagi aku yang pertama kali mencuba makanan asli Turki ni, segalanya sedap! Dan confirm akan datang lagi. Maklumlah tengah diet ni, makanan Turki memang terkenal sebagai makanan yang sihat so sesuai sangatlah untuk korang yang sama – sama tengah diet ni
Nak datang ke sini ? Restoran Alaturka Turkish Cuisine ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dari pukul 11.00 pagi hingga 10.30 malam. Puasa dah dekat kan? Istimewa untuk korang yang inginkan sajian Turki di bulan Ramadan , mereka akan mengadakan promosi Semi Buffet Buffet ini harga RM45 nett untuk seorang dewasa dan 50% off untuk kanak-kanak 6-12 tahun.
Apa itu semi buffet? Maknanya korang kena order satu menu main course dan appetizer dan dessert korang boleh ambil secara buffet tanpa had. Berbaloi weh!
So orang Shah Alam dan kawasan sekitarnya jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba makanan asli Turki di Restoran Alaturka Turkish Cuisine
Untuk maklumat lanjut :
Laman web :
Tel : 019-3270 719