Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 829

The Grand Campbell Hotel Penuh Dengan Sejarah

$
0
0

Bercakap mengenai pilihan hotel di Kuala Lumpur, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat. Namun bagi aku , faktor lokasi hotel menjadi keutamaan setiap kali membuat pilihan. Jika korang bercadang untuk melancong di bandaraya Kuala Lumpur, aku ingin mencadangkan The Grand Campbell Hotelyang terletak di kawasan bersejarah dan di tengah – tengah permata negara , Kuala Lumpur



The Grand Campbell Hotel yang terletak di Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Campbell, dinamakan bersempena dengan lokasinya yang terletak di atas bangunan  pencakar langit yang pertama di Kuala Lumpur, Kompleks Campbell. Mempunyai 153 bilik untuk tetamu, hotel ini menawarkan tiga pilihan bilik iaitu, Superior, Deluxe dan Executive.



Pertama kali aku menjejakkan kaki ke The Grand Campbell Hotel,terpegun kerana kompleks membeli – belah yang dibuka sejak 1973 di bawah hotel ini masih lagi dikunjungi ramai orang walaupun terdapat banyak pusat membeli belah utama yang menjadi saingan. Saat masuk ke bilik penginapan hotel ini pula, perkataan yang dapat digambarkan adalah, harga yang berpatutan dan selesa.Malah kesemua bilik disini menghadiahkan ‘ city view’ buat para pengunjung yang menginap disini









Kebanyakan bilik di hotel ini berinspirasikan moden dan kontemporari, namun begitu jika korang menginap di sini, setiap pelusuk bangunan seolah –olah menceritakan sejarah awal bangunan ini yang pernah menjadi tumpuan suatu ketika dahulu. Bagi aku, walaupun tinggal dekat Shah Alam sengaja aku memilih hotel ini sebagai penginapan kerana  lokasinya yang agak strategic dengan tempat – tempat menarik di Kuala Lumpur. Namakan saja, Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman, SOGO dan Masjid Jamek semuanya boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki. 



Tak cukup dengan itu, perkhidmatan LRT, Monorel dan KTM antara Bandar sedia membawa korang ke tempat – tempat kunjungan orang ramai seperti  Pasar Seni, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.


Selain  kemudahan pengangkutan awam, The  Grand Campbell Hotel sering kali menjadi pilihan sebagai lokasi pelbagai acara. Manakan tidak, hotel ini yang turut dilengkapi bilik mesyuarat menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk mereka yang ingin adakan majlis di sini. Jadi jika korang ingin mencari hotel yang berdekatan dengan tempat – tempat menarik di Kuala Lumpur, dan berpatutan, mungkin boleh menginap di The  Grand Campbell Hotel

Alamat Hotel

The Grand Campbell Hotel
Lot 512, Jalan Syed Mohd Mufti, 
Suite 401, Level 4 , Campbell Complex
98, Jalan Dang Wangi
50100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : 603 – 2694 1717  
Fax :603 – 2694 7717
Email : sales@grandcampbellhotel.com


p/s : terkilan sikit sebab breakfast tak disediakan dan bilik agak sedikit comot 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 829

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes