Quantcast
Channel: BLOG BUDAK PACAK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

Pemeriksaan Kucing Secara Percuma Di MyCat2Vet !

$
0
0
Siapa ada kucing dekat sini? Korang pernah buat ke hantar atau buat pemeriksaan fizikal
untuk kucing korang? Kalau belum pernah, kita geng! Hahahaha. 

Sebabnya aku selalu fikir kalau nak hantar kucing pergi check up ni mesti mahal. So akhirnya just biarkan je. Kadang - kadang fikir cukup dengan jaga dia baik - baik dan bagi dia makan dan minum.Sebenarnya salah, kucing ni pun perlukan penjagaan yang rapi. Kadang - kadang luaran nampak elok, tapi dalam nya dia sakit ke apa kita tak tahu 

Sampailah aku diperkenalkan dengan MyCat2Vet dimana korang boleh hantar kucing korang untuk buat pemeriksaan secara PERCUMA! Haa tak payah risau dah kan? Baru - baru ini aku sempat hantar Husky, kucing aku untuk buat pemeriksaan di veterinar yang berdaftar di bawah MyCat2vet. Aku pilih klinik yang terletak di TTDI Jaya sebabnya ini je yang berhampiran dengan rumah aku. Tak ada lah jauh pun 

Sebenarnya kempen MyCat2Vet ini dianjurkan oleh Royal Canin Malaysia. Dianggarkan 2
daripada 5 pemilik kucing di Malaysia tidak akan membawa kucing dorang ke veterinar , haaa aku la tu. Hanya 40% sahaja yang membawa kucing dorang untuk pemeriksaan 

Dengan MyCat2Vet ini, ianya mudah kerana korang boleh mendaftar secara online kucing
korang. Dari situ nanti, klinik haiwan yang terpilih akan menerima maklumat yang korang daftar. Mudah kan?



Korang jangan risau kerana terdapat 200 klinik veterinar yang terpilih di seluruh Malaysia yang membolehkan korang menghantar kucing korang untuk pemeriksaan. Penting sangat ke kena hantar kucing untuk buat pemeriksaan ? 



Sangat penting! Tambah lagi buat korang yang takde info mengenai kucing. Macam aku, bila hantar Husky ke veterinar, baru tau yang sebenarnya Husky dah obese. Bayangkan la daripada skala 9, Husky berada di skala 8. Fuhh! 




Doktor siap cakap lagi, ni kalau dibiarkan penyakit senang dapat. Kucing pun macam manusia jugak. Makan kena jaga, kesihatan pun kena jaga. Takkan nanti bila kucing korang sakit teruk, baru korang nak hantar pemeriksaan kan? 

So ambil langkah berjaga - jaga ini dengan mendaftar kucing korang dan buat pemeriksaan secara PERCUMA dihttp://www.mycat2vet.my/get-a- free-checkup


Viewing all articles
Browse latest Browse all 828

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.