#TSDayOut Special Edition Betul - Betul Special ! | Setiap kali post, tweet dan update dari Tourism Selangor, wajib stalk ! Sebab tunggu bila pulak lah ada #TSDayOut ni . Berbaloi jugaklah tunggu sebab tunggu punya tunggu sekali Tourism Selangor buat announcement yang kali ini akan diadakan #TSDayOut Special Edition.
Tertanya jugaklah dekat mana pulak lah lokasi #TSDayOut Special Edition kali ini. Dalam hati teka mesti Tadom Hill ni sebabnya tempat ni tengah femes dan semakin mendapat tempat dikalangan pelancong. Tak kira banyak dah, main isi je sebab tak nak terlepas event yang gilos ohsem .
Kalau korang yang update dengan blog ini mesti korang perasan Budak Pacak banyak join event #TSDayOut . Buat korang yang first time dengar tu , TSDayOut adalah singkatan bagi Tourism Selangor Day Out yang merupakan satu kempen dan outing yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di dalam negeri Selangor.
So untuk #TSDayOut Special Edition , Tourism Selangor telah umumkan lokasi kali ini bergabung dengan Negeri Kenyalang iaitu Sarawak! Excited gila bila dorang announce pasal destinasi kali ini. Mana tidaknya, First sebab terpilih, second sebab ini first time dapat menjejakkan kaki ke Sarawak. Thank you so much Tourism Selangor and Sarawak Tourism Board for choosing me!
#TSDayOut kali ini dinamakan #TSDayOut Special Edition Selangor Meets Sarawak with AirAsia bersempena dua lokasi yang kiteorang jelajahi dan AirAsia sebagai rakan penaja dan penerbangan rasmi trip kali ini yang disertai oleh 20 wakil media dan bloggers. First day, selepas berkumpul di Pejabat Tourism Selangor di Shah Alam, kiteorang menuju ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz untuk aktiviti pertama kiteorang iaitu Heritage Trail.
![]() |
Jangan tanya kiteorang buat apa ni hahaha |
Seperti #TSDayOut yang lepas, akan ada selebriti yang turut serta. Haa kali ini, selebriti tersebut adalah Syed Ali. Kena pulak satu kumpulan dengan Budak Pacak dan si havoc, Jessying memang tak duduk diamlah kiteorang sampailah ke habis event. LOL
Briefing sebelum start. Haa ada kumpulan pink, biru, oren dan hijau |
Ni baru 1st page, ada 22 task kesemuanya |
Asalnya kena buat dalam kumpulan sendiri, last - last ajak kumpulan lain buat tag team hahaa |
Untuk tugasan pertama, kiteorang dikehendaki mencari klu dan membuat tugasan di sekitar kawasan Royal Klang Town Heritage Walk. Ala - ala explorace gitu. Daripada mencari klu, tangkap gambar, makan makanan India sehinggalah kena hiburkan juri , kiteorang kena buat.
Tengkorak Kepala Buaya ini antara peristiwa daulat yang berlaku di Selangor |
Mak Jemah sangat si Syed ni |
The only girl dalam kumpulan kiteorang, so dia lah jadi mangsa pakai hahaha |
Abaikan model tu. sebenarnya nak tunjuk jambatan ini antara penghubung pada masa dahulu |
Dalam tengah - tengah berjalan nampak pulak rumah usang ni. Nampak cantik je, pose kejap LOL |
Semput weh dah lama tak bersukan hahaha. Tapi best sebab pada masa yang sama korang belajar apa yang ada dekat bandar Klang ni. Baru tau weh sebenarnya dekat sini banyak tempat dan info menarik. Haa Klang bukan sekadar nama okay? Mohon datang kesini dan explore sendiri
Kad pengenalan Bonda Sultan Selangor |
Balai Bomba lama antara kesan peninggalan sejarah yang masih terdapat di Klang |
Sirih! Masih lagi dijual di Little India Klang |
Laddo! Antara task kiteorang adalah beli ladu dan makan. hahaha |
Tekunnya akak ni buat inai. Time kiteorang pergi , semua tengah sibuk buat persiapan Deepavali |
Next task, cari makanan Thali! Haa kalau nak tau Thali ni adalah set nasi bersama lauk - lauk vegetarian. First time makan dan sedap okay? |
Royal Klang Town Heritage Walk ( Free Guided Walk )
- Dibawa oleh Tourist Guide yang diiktiraf dan professional
- Jelajahi lebih dari 9 kawasan bersejarah di Klang
- Trip adalah percuma
- Setiap Hari Sabtu
- Berjalan kaki bermula dari Jam 9.15pagi hingga 11.45 pagi
- Pendaftaran di Galeri Diraja Sultan Abdul Azizi
- Inisiatif Klang Municipal Council dan Tourism Selangor
Dah penat bagai kiteorang menuju ke Empire Hotel yang terletak di Subang Jaya.Kalau nak tahu, Empire Hotel adalah salah satu penaja rasmi dan juga merupakan hotel rasmi untuk kiteorang di Selangor kali ini.
warna warni makanan dekat sini |
Selesa dan besar gilos bilik dia. Boleh main hide and seek lagi. Buffet makanan dia pulak fuhh mengancam weh, berjam - jam kiteorang lepak dekat situ hahahaha. Terima kasih Empire Hotel untuk penginapan yang selesa ini !
Fakta Mengenai Empire Hotel Subang
- Mempunyai 198 Bilik
- Terletak bersebelahan Empire Gallery Shopping
- Mempunyai 5 jenis bilik berlainan
- Sesuai untuk adakan pelbagai jenis acara
Disebabkan event ini terlalu ohsem, Budak Pacak jadikannya sebagai dua part. So part kedua nanti cerita mengenai Sarawak pula, nantikan!
Terima kasih kepada :
Penganjur rasmi
Tourism Selangor
Dengan Kerjasama
Sarawak Tourism Board
Penaja Rasmi
Empire Hotel
Penerbangan Rasmi
AirAsia
http://www.airasia.com/