Pejam celik minggu pertama puasa dah nak habis. Dan aku yakin dan pasti ada diantara korang yang dah rancang untuk buat persiapan raya kerana tidak mahu membuat persiapan di minit-minit terakhir.
Trend Baju Sedondon
Untuk tahun ini, korang dah plan ke nak cari baju dan warna apa? Selalunya kalau nak meriah, saban tahun pasti keluarga kita akan tetapkan tema warna untuk pastikan raya nanti semua ahli keluarga memakai warna yang sedondon. Kalau macam aku tahun lepas warna jingga tahun ni tak set lagi. Itulah yang merisaukan sebenarnya. Sebab apa? Tiba-tiba nanti cakap nak warna biru, ada pula ahli keluarga kita yang beli warna biru laut lah biru tua lah.
Baju Raya Sedondon Terbaik Dari Cirgaro
Kali ini, suka untuk aku kongsikan penyelesaiannya dimana sebuah jenama pakaian terkenal, Cirgaro tampil dengan idea koleksi sedondon baik lelaki mahupun perempuan,. Jadi untuk pastikan korang sedondon satu keluarga nanti, suruh ahli keluarga korang pilih warna di Cirgaro. Jadi untuk beli kemudian pun tidak ada masalah kerana di Cirgaro warna tersebut sememangnya dibuat khas untuk pakaian sedondon.
Tahun Kedua Dengan Cirgaro
Aku berani jamin kualiti pakaian Cirgaro adalah terbaik dan eksklusif. Sebabnya Insyallah tahun ini adalah tahun kedua aku akan pakai jenama ini. Tahun lepas aku berkesempatan untuk memakai Kurta Neo hasil keluaran Cirgaro dimana rata-ratanya memuji kecantikan nya. Malah fabric yang digunakan adalah selesa dan masih sedap dipakai sehingga ke hari ini. Bukan setakat kurta ya, baju melayu , baju melayu moden, baju kurung, baju kurung moden dan banyak lagi semuanya ada disini.
Di Cirgaro, satu jaminan mereka adalah mereka sentiasa mendengar feedback customers bagi memastikan pakaian yang dipakai pelanggan memuaskan hati mereka. Malah saiz yang ditawarkan bukanlah sekadar tangkap muat dan mereka boleh membuat penghantaran pakaian Cirgaro ke seluruh dunia.
Koleksi Sedondon Cirgaro 2018
Jika tahun lepas Cirgaro telah memperkenalkan
· Kurta Bangsawan berpasangan dengan Baju Kurung Daisy / Primadona Tunic
· Kurta King berpasangan dengan Baju Kurung Kebaya Moden Queen.
· Kurta Neo berpasangan dengan Baju Kurung Moden Nia.
· Kurta Teluk Belanga berpasangan dengan Baju Kurung Moden Iris
· Kemeja Denim Couple Set
Kali ini, Cirgaro sekali lagi telah memperkenalkan couple set yang tampil dengan rekaan baru selepas mengambil kira permintaan yang sangat mengalakkan pada tahun lepas.
Untuk koleksi sedondon atau couple set 2018, perkenalkan koleksi
Dimana Mahu Dapatkan Koleksi Cirgaro?
Menarik bukan semua koleksi diatas ? Untuk korang yang tertany-tanya dimanakah lokasi untuk dapatkan koleksi Cirgaro, korang boleh dapatkan di Butik fizikal mereka yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9.
Jika tidak, korang boleh dapatkan juga di booth mereka yang kini telah dibuka di Plaza Shah Alam dan Aeon Mall Shah Alam. Jangan lupa dapatkan koleksi ini di Cirgaro dan melaram sakan di hari raya!
Contact No : 017-6055338
Alamat :
Butik Cirgaro Apparel ,
Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Booth Raya
Ground Floor Plaza Shah Alam
(berhadapan Giordano)
atau
Ground Floor Aeon Shah Alam
(berhadapan Padini)
Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam ,
setiap hari sehingga malam raya